Kossan diramal catat pendapatan lebih baik pada suku keempat disokong peningkatan jualan - penganalisis | DagangNews Skip to main content

Kossan diramal catat pendapatan lebih baik pada suku keempat disokong peningkatan jualan - penganalisis

Oleh NOR AZAN FITRI AHMAD HIDZIR

KUALA LUMPUR 18 Nov - Kossan Rubber Industries Bhd diramal mencatatkan pendapatan lebih baik pada suku keempat disokong peningkatan jumlah jualan dan purata harga jualan (ASP) serta perkembangan operasi yang lebih dinamik.

 

RHB Investment berkata, campuran ASP industri dijangka meningkat sekurang-kurangnya AS$1 hingga AS$2/1,000 keeping menjelang suku keempat kerana pengeluar sarung tangan Malaysia bersedia menaikkan Harga bagi menterjemahkan kesan kelemahan dolar Amerika Syarikat (AS) kepada pelanggan.

 

Momentum pertumbuhan permintaan kekal sihat seperti yang diramal oleh data eksport Jabatan Perangkaan Malaysia dengan eksport sarung tangan pada suku ketiga meningkat 20% berikutan pertumbuhan sebanyak 8% pada suku kedua 2024.

 

"Ini, bersama-sama dengan industri yang menggalakkan yang timbul daripada tarif import AS ke atas produk China, sepatutnya memberikan pelaburan yang kukuh untuk tahun-tahun akan datang," katanya dalam satu nota kajian, hari ini.

 

Sementara itu, Maybank Investment Bank (Maybank IB) menyukai kunci kira-kira kumpulan yang kukuh dan aliran pendapatan yang lebih pelbagai.

 

Bagaimanapun, firma penyelidikan itu menyemak turun ramalan pendapatan FY24/FY25/FY26 sebanyak -8.4%/-8.8%/-4.4% selepas mengambil kira kos bahan mentah yang lebih tinggi dan pembayaran dividen yang lebih tinggi untuk FY24.

 

"Walaupun peningkatan 18% dalam hasil suku ketiga, keuntungan bersih teras merosot sebanyak 19% diseret oleh margin sebelum cukai yang lebih rendah dalam bahagian produk getah teknikal dan sarung tangan bilik bersih.

 

"Margin pada suku keempat dijangka bertambah baik berikutan kadar penggunaan yang lebih baik dan ASP atas permintaan sarung tangan yang lebih tinggi dan kadar mata wang asing yang stabil," katanya.

 

Maybank IB mengekalkan saranan 'beli' dengan harga sasaran (TP) RM2.49 sesaham. - DagangNews.com