KUALA LUMPUR 1 Nov - Anak syarikat milik penuh Parkwood Holdings Bhd, Templars Sdn Bhd telah menandatangani perjanjian membeli empat bidang tanah pegangan bebas seluas 12.45 hektar di Rawang, Selangor dengan harga RM27 juta.
Perjanjian itu susulan pengumuman kumpulan pada 25 Oktober 2024 membeli tanah seluas 0.61 hektar di Rawang dengan harga RM3.9 juta.
Parkwood berkata, ia akan membangunkan kesemua lima bidang tanah di Rawang menjadi kawasan kediaman kontemporari yang menampilkan kehidupan moden dengan kemapanan dan hubungan komuniti.
"Pembelian itu sejajar dengan strategi pertumbuhan perniagaannya yang bertujuan untuk membangunkan komuniti terancang induk moden yang mengamal kehidupan mampan dan kebolehcapaian yang berfokuskan komuniti.
"Langkah itu akan menyumbang secara positif kepada pertumbuhan perniagaan pembangunan hartanahnya," katanya dalam satu kenyataan.
Di samping itu, kumpulan itu akan melancarkan pembangunan menjelang suku ketiga 2026.
Pengerusi Eksekutif Parkwood, Lim Chin Sean berkata, pemerolehan baharu ini bukan sahaja meletakkan kami untuk memenuhi permintaan yang semakin meningkat dalam pasaran hartanah kediaman berkualiti tinggi tetapi juga memanfaatkan persekitaran yang tenang dan peribadi Rawang.
"Kami optimis pemelian ini akan menyumbang secara positif kepada pendapatan masa depan kami dan seterusnya memberikan pembangunan kediaman bandar darat yang menggabungkan kemudahan bandar dan gaya hidup tenang untuk penduduk dengan lancar," ujarnya.- DagangNews.com