Penggoreng udara Tefal sasar promosi pemakanan sihat, jamin kemudahan pelanggan | DagangNews Skip to main content

Penggoreng udara Tefal sasar promosi pemakanan sihat, jamin kemudahan pelanggan

Barisan produk penggorengan udara “Healthy Pun Boleh Tasty” Tefal - Gambar SYAZA/Dagangnews
Oleh SYAZA NORAZHARUDDIN

PUTRAJAYA 18 Nov - Tefal Malaysia menampilkan produk penggorengan udara yang mengetengahkan pemakanan yang sihat serta memberi jaminan rasa dan kemudahan pengguna kepada jualan keseluruhan.

 

Melalui kerjasama dengan AEON Co. (M) Bhd, Tefal melancarkan produk di bawah kempen “Healthy Pun Boleh Tasty” yang menyasar untuk mencabar mitos mengenai masakan makanan sihat yang menggunakan sedikit minyak, boleh menjejaskan rasa. 

 

Pengurus negara Kumpulan SEB, Jack Wong berkata, produk penggorengan udara merupakan produk yang penting untuk isi rumah, terutamanya bagi kapisiti rumahtangga besar. 

 

“Sejajar dengan moto siri produk iaitu “kurang kerja rumah, lebih masa untuk kehidupan”, kami mendapati pengguna mahu produk yang mudah supaya mereka dapat meluangkan masa dengan ahli keluarganya. 

 

“Selain itu, aspek penjagaan kesihatan dan pemakan sihat adalah isu yang sangat dititikberatkan oleh pengguna kami. 

 

“Ramai pengguna ingin mengurangkan pembelian makanan di luar dan lebih pentingkan pemakanan yang sihat, produk penggorengan udara siri terbaharu kami direka untuk memenuhi permintaan pelanggan kami,” katanya semasa sesi siding media di majlis pelancaran kempen “Healthy Pun Boleh Tasty” di pusat beli-belah IOI, Putrajaya. 

 

Selain mengurangkan 50% masa memasak, beliau juga menjelaskan mengenai ciri teknologi lampu inframerah produk penggorengan udara itu yang mampu menjimatkan sehingga 70% pengeluaran tenaga.

 

Jack Tefal
Pengurus negara Kumpulan SEB, Jack Wong

 

“Ini adalah produk penggoreng udara infra merah pertama di pasaran yang mampu memudahkan pegguna kami untuk memasak pemakanan yang sihat dengan cepat.

 

"Dari segi sasaran jualan bagi semua produk Tefal termasuk produk ini, kami menyasar untuk menjual sekurang-kurangnya 20,000 produk elektrik pada tahun hadapan," katanya.

 

Barisan produk “Healthy Pun Boleh Tasty”, siri terbaharu Tefal menampilkan empat  produk penggorengan yang mampu memenuhi setiap keperluan pengguna yang berbeza iaitu, Penggoreng Udara Panas Dual Easy Fry And Grill EY905B, Penggoreng Udara Panas Easy Fry Grill & Steam 3in1 FW201, Penggoreng Udara Panas Easy Fry Mega EY855D  dan Penggoreng Udara Panas Easy Fry Far-Infrared Vision EY8218. 

 

Wong berkata, semua produk penggorengan udara di bawah siri baharu ini boleh didapati di mana-mana pasaran besar di seluruh negara. 

 

Selain itu, pengguna boleh menikmati harga promosi produk penggorengan udara bermula pada RM479.00 sepanjang jerayawara dua minggu kempen tersebut di mana-mana francais AEON. - DagangNews.com