KUALA LUMPUR 3 Jan - Penilaian saham pemaju hartanah Malaysia mungkin disemak naik berdasarkan saham dalam sektor berisiko pulangan tinggi terus menunjukkan prestasi kukuh, kata RHB Research.
Firma penyelidikan itu berkata, pemaju yang mempunyai portfolio pelaburan berulang mungkin menarik lebih banyak pelabur.
“Penilaian saham pemaju hartanah perlu dinilai semula, memandangkan kualiti dan kestabilan pendapatan yang lebih baik pada masa hadapan.
"Kami percaya nilai aset asas adalah faktor utama yang menyokong penilaian perniagaan hartanah," katanya dalam satu nota penyelidikan, hari ini.
Indeks Hartanah Bursa Malaysia meningkat 32% tahun lepas disebabkan penglibatan syarikat terpilih dalam projek perniagaan dan perindustrian pusat data yang sangat menguntungkan yang memberikan pendapatan berulang daripada penyewaan kilang.
20 pemaju hartanah terbesar telah memberikan pulangan purata sebanyak 57% berbanding keuntungan 16% yang dicatatkan oleh 20 firma berikutnya.
"Walaupun sekor hartanah menyaksikan pertumbuhan ini, sektor ini masih dinilai rendah, didagangkan pada diskaun 48% daripada nilai aset bersih boleh direalisasi.
"Kami menjangkakan perkembangan pemaju selepas kelembapan dalam pasaran perumahan sejak lima tahun lalu termasuk Sunway Bhd dan IOI Properties Group Bhd," kata RHB Research.
RHB Research mencadangkan pelabur untuk meninjau kedudukan saham Sime Darby Property Bhd, Mah Sing Group Bhd dan Matrix Concepts Holdings Bhd.
"Pemain ini telah dapat memanfaatkan bank tanah sedia ada mereka dan sedang menjana pendapatan dengan membangunkan aset sedia ada," katanya.
RHB Researh, yang mengekalkan saranan "overweight" ke atas sektor itu, percaya pemaju bermodal kecil, terutamanya mereka yang mempunyai kewangan kukuh, bank tanah strategik dan projek khusus, berkemungkinan akan merapatkan jurang penilaian dengan pemaju hartanah yang bermodal besar pada tahun ini.
"Beberapa pemaju yang lebih agresif juga telah memulakan projek pembangunan perindustrian dan mereka menunjukkan prestasi jualan yang konsisten dan pendapatan yang akan memacu harga saham mereka.
"Jualan hartanah agregat kekal tidak berubah antara Januari dan September pada 2024, dengan kebanyakan pemaju mungkin menetapkan sasaran jualan untuk 2025 iaitu 5% hingga 10% lebih tinggi daripada sasaran 2024 mereka.
"Pemaju dijangka menumpukan pada produk kediaman bertingkat pertengahan bagi menguruskan bank tanah, manakala sesetengahnya syarikat akan meneruskan strategi sedia ada mereka, mengembangkan penawaran produk komersial dan perindustrian mereka," katanya. - DagangNews.com