KUALA LUMPUR 27 Nov - Penyedia rumusan tenaga, T7 Global Berhad mencatat hasil RM17.4 juta dengan untung bersih RM11.4 juta pada suku ketiga tahun kewangan berakhir 31 Disember 2024 (3QFY24).
Dalam makluman kepada Bursa Malaysia, hasil dan untung bersih kumpulan pada suku itu mewakili pertumbuhan tahun-ke-tahun (YoY), masing-masing sebanyak 17.5% dan 42.1%.
"Bagi tempoh sembilan bulan berakhir 30 September 2024(9MFY24), kumpulan menjana jualan berjumlah RM458.9 juta dan hasil RM41.1 juta, mencerminkan pertumbuhan masing-masing menaik 36.8% and 28.6%.
"Untung bersih pada 9MFY24 mencecah RM26.6 juta, mewakili pertumbuhan 42.1% YoY.
"Hasil bahagian rumusan industri menyumbang sebanyak 108.4% kepada pertumbuhan kumpulan," katanya.
Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan, T7 Global, Tan Kay Zhuin berkata, prestasi kewangan itu membuktikan kecemerlangan operasi dan pengembangan strategik kumpulan.
"Prestasi ini bukan sahaja menyerlahkan keupayaan pelaksanaan projek kami tetapi juga menggambarkan permintaan rumusan inovatif kami yang semakin meningkat dalam pasaran yang berkembang pesat.
"Melangkah ke hadapan, kami yakin dengan kejayaan kumpulan terutamanya dalam segmen tenaga, disokong oleh anugerah kontrak penyelenggaraan, pembinaan dan pengubahsuaian Pan-Malaysia (MCM) dan Hook-Up dan pentauliahan (HUC) baru-baru ini.
"Kontrak jangka panjang ini akan menyediakan aliran hasil yang stabil dan berulang, mengukuhkan kedudukan kami dalam sektor tenaga.
"Segmen rumusan perindustrian kami akan terus memacu pertumbuhan kumpulan," katanya. - DagangNews.com