Tiga bekas perundingan skim unit amanah dikenakan teguran setelah didapati melanggar kod FIMM | DagangNews Skip to main content

Tiga bekas perundingan skim unit amanah dikenakan teguran setelah didapati melanggar kod FIMM

Oleh Mohamad Iman

KUALA LUMPUR 17 Okt - Gabungan Pengurus Pelaburan Malaysia (FIMM) menegur tiga bekas perunding skim unit amanah (UTS) dan skim persaraan swasta (PRS) kerana melanggar kod FIMM.

 

FIMM telah mengenakan tindakan menghalang Calvin Lim, Jenny Lim dan Chin Peak Qi daripada mendaftar dengan FIMM untuk tempoh masa yang telah ditetapkan.

 

Calvin Lim didapati mewakili lebih daripada seorang prinsipal dan turut menyalurkan jualan kepada Jenny Lim untuk komisen.

 

Jenny Lim didapati menerima jualan daripada Calvin Lim dan Chin, membayar mereka komisen untuk jualan itu dan gagal melaksanakan prosedur "Kenali-Pelanggan-Anda", kata FIMM dalam kenyataan di sini hari ini.

 

Chin juga didapati mewakili lebih daripada seorang prinsipal dalam urusannya dengan pelanggan dan menyalurkan jualan kepada Jenny Lim untuk mendapatkan komisen.

 

Calvin Lim telah dihalang atau enam bulan daripada pendaftaran, berkuat kuasa 3 Sep 2024.

 

FIMM berkata, teguran awam itu dikenakan untuk menghantar mesej keras bahawa FIMM akan mengambil tindakan terhadap mereka yang gagal mematuhi mana-mana peraturan yang dikeluarkan oleh FIMM.

 

Ia adalah untuk menghalang perunding UTS dan/atau PRS daripada melakukan sebarang salah laku dan mengingatkan mereka bahawa adalah penting untuk mematuhi peraturan FIMM apabila memasarkan dan mengedar SUA dan/atau PRS di Malaysia untuk melindungi kepentingan orang ramai yang melabur.

 

Salah laku Calvin Lim, Jenny Lim, dan Chin telah dilaporkan kepada FIMM oleh orang awam. - DagangNews.com