Texas Chicken kini turut ditawarkan di foodpanda | DagangNews Skip to main content

Texas Chicken kini turut ditawarkan di foodpanda

Pengarah Urusan foodpanda, Sayantan Das (kiri) dan Pemangku Pengurus Besar bagi Texas Chicken Malaysia, Tan San Jean

 

 

KUALA LUMPUR 20 Julai – foodpanda Malaysia mengumumkan Texas Chicken Malaysia sebagai tambahan baharu kepada senarai rakan niaga mereka.

 

Pengarah Urusan foodpanda, Sayantan Das menzahirkan kegembiraan atas usaha sama dengan Texas Chicken ini yang selari dengan usaha berterusan mereka dalam membawa lebih ramai lagi rakan niaga ke platform berkenaan.

 

Beliau menambah bahawa peranan foodpanda untuk memberikan apa yang pelanggan mahukan kini menjadi semakin penting di waktu rakyat Malaysia diwajibkan kekal di rumah dan bersama mengekang penularan pandemik.

 

“Sebagai sebuah syarikat yang berlandaskan data, kami memahami para pengguna dan sentiasa berusaha memberikan lebih pilihan untuk  memenuhi keperluan yang sentiasa meningkat serta meletakkan syarikat sebagai peneraju bagi segmen q-dagang di pasaran.

 

“Dengan Texas Chicken, kami melihat satu peluang keemasan untuk membawakan kesedapan dan kerangupan hidangan ayam goreng kepada rakyat Malaysia dan kami tidak mahu melepaskan peluang ini,” kata beliau dalam kenyataan di sini.

 

Sementara itu, Pemangku Pengurus Besar bagi Texas Chicken Malaysia, Tan San Jean berkata, usaha sama dengan foodpanda ini merupakan satu langkah ke hadapan dalam meluaskan capaian jenama itu dengan mengambil peluang atas kekuatan dan jaringan meluas foodpanda di seluruh negara.

 

“Usaha sama seperti ini memberikan peluang kepada jenama kami untuk berkembang ke kawasan yang tidak pernah terjangkau sebelumnya dan memberikan lebih kemudahan kepada para pelanggan untuk menikmati produk kami,” kata beliau.

 

Dengan hampir 80 cawangan Texas Chicken di seluruh negara, para pengguna kini boleh menikmati ayam yang lazat, burger yang sedap, wrap dan tentu sekali pastri terkenal mereka iaitu biskut mentega-madu (honey-butter biscuits) yang hangat dari ketuhar, hanya dengan membuat pesanan dengan selesa tanapa perlu meninggalkan rumah mereka. - DagangNews.com