TLDM dijangka beli helikopter AW139 HOM tambahan lengkapkan skuadron sedia ada | DagangNews Skip to main content

TLDM dijangka beli helikopter AW139 HOM tambahan lengkapkan skuadron sedia ada

Pembelian tambahan helikopter AW139 HOM dapat menggandakan keupayaan skuadron udara TLDM.
Oleh Zaki Salleh

KUALA LUMPUR 23 Julai - Usaha sedang dilakukan Kementerian Pertahanan (Mindef) untuk melaksanakan pembelian tambahan helikopter operasi maritim (HOM) bagi keperluan Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM).

 

TLDM ketika ini menempatkan skuadron HOM di Markas Armada Timur, Sabah bagi tugasan rondaan di perairan sebelah sana.

 

Skuadron 503 HOM ini memainkan peranan tersendiri dalam memperkukuhkan kehadiran pasukan keselamatan di wilayah maritim negara.

 

{"preview_thumbnail":"/sites/default/files/styles/video_embed_wysiwyg_preview/public/video_thumbnails/7394695096446373137.jpg?itok=oc4IxIiJ","video_url":"https://www.tiktok.com/@dagangnews/video/7394695096446373137?is_from_webapp=1&sender_device=pc&web_id=7239999029697168898","settings":{"responsive":1,"width":"854","height":"480","autoplay":1},"settings_summary":["Embedded Video (Responsive, autoplaying)."]}

 

Perkara ini sebenarnya telah dirancang sebelum insiden perlanggaran 2 helikopter termasuk sebuah AW139 HOM di Pangkalan TLDM Lumut pada 23 April lalu.

 

Kapal
Satu daripada tiga buah helikopter AW139 HOM semasa diterima pada tahun 2022.

 

Dalam nahas tersebut, kedua-dua helikopter termasuk sebuah jenis Fennec musnah dan tidak boleh digunakan lagi.

 

Susulan nahas udara itu jumlah helikopter AW139 HOM yang dimiliki TLDM hanya tinggal 2 buah berbanding 3 sebelumnya.

 

Pesawat AW139 merupakan aset udara terkini TLDM yang diperolehi pada tahun 2022. 

 

Kontrak perolehan sebanyak RM220 juta ini dimeterai pada 11 September 2020 dengan syarikat tempatan, Galaxy Aerospace Malaysia Sdn. Bhd. 

 

Helikopter AW139 buatan Itali itu dilengkapi radar pencarian RDR 1700A termasuk mesingan berat 12.7mm.

 

Kapal
Helikopter turut menyokong operasi Paskal TLDM.

 

Kapal

 

Selain pengawasan maritim, helikopter ini mempunyai pelbagai kemampuan termasuk terlibat dalam operasi rondaan, tinjauan, misi mencari dan menyelamat serta pemetaan keadaan muka bumi berketepatan tinggi.

 

Model AW139 merupakan helikopter saiz sederhana yang terbaik dalam kelasnya, turut digunakan oleh Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia dan Polis Diraja Malaysia.

 

Sebaik menerima tiga helikopter HOM pada tahun 2022, TLDM telah memohon peruntukan untuk pembelian susulan bagi menambah bilangan awal.

 

TLDM pada masa itu dikatakan memohon 2 buah lagi helikopter AW139 bagi menjadikan 5 buah kesemuanya.

 

Mengikut perancangan juga jumlah ini akan ditambah secara berperingkat-peringkat bagi mencukupkan kekuatan sebuah skuadron.

 

Kapal
Sesuai dengan fungsinya helikopter AW139 turut memiliki keupayaan untuk beroperasi dari kapal perang.

 

Bagaimana pun, dengan keadaan semasa serta kehilangan sebuah pesawat akibat nahas, kebarangkalian jumlah helikopter yang ingin dimiliki TLDM bertambah.

 

Bagi melengkapkan sebuah skuadron HOM, TLDM memerlukan 6 buah pesawat, bermakna sekurang-kurangnya 4 helikopter baharu diperlukan.

 

Ini merupakan jumlah minima, namun bersandarkan kepada keadaan kawasan di Laut China Selatan dan perbatasan maritim di Sabah dan Sarawak, jumlah ini kecil.

 

Berbanding Markas Armada Barat di Semenanjung, TLDM mengoperasikan 2 skuadron helikopter iaitu skuadron Fennec dan skuadron Super Lynx.

 

Kapal
Varian helikopter AW139 yang digunakan TUDM.

 

Justeru, ada jangkaan untuk TLDM menempatkan helikopter HOM di Semenanjung, bermakna jumlah ideal yang diperlukan mestilah melebihi 6 buah helikopter AW139.

 

Sekiranya perolehan dibuat mengikut belanjawan pada Rancangan Malaysia Ke-13, helikopter-helikopter HOM ini dapat diterima serentak dengan ketibaan kapal-kapal perang baharu TLDM. - DagangNews.com

 

 

{"preview_thumbnail":"/sites/default/files/styles/video_embed_wysiwyg_preview/public/video_thumbnails/uTLzkfhhJO0.jpg?itok=clozzkrg","video_url":"https://youtu.be/uTLzkfhhJO0","settings":{"responsive":1,"width":"854","height":"480","autoplay":1},"settings_summary":["Embedded Video (Responsive, autoplaying)."]}