KUALA LUMPUR 19 Feb - Telekom Malaysia Bhd (TM) perlu mengoptimumkan kunci kira-kiranya dan memberikan lebih banyak pulangan kepada pemegang sahamnya bagi mengelakkan kesan jangka panjang terhadap pulangan ke atas ekuiti (ROE).
CGS-CIMB Research berkata, tanpa mengoptimumkan kunci kira-kiranya, hutang bersih TM sebagai bahagian pendapatan sebelum faedah, cukai, susut nilai dan pelunasan (EBITDA) boleh menurun kepada 0.4x menjelang tahun kewangan berakhir 31 Disember 2025 (FY25), dan seterusnya kepada 0.2x menjelang FYY26.
Katanya, terdapat keperluan untuk memulangkan tambahan 68 sen sesaham dalam lebihan tunai kepada pemegang saham pada FY24 hanya untuk mengekalkan nisbah hutang bersih TM yang sudah rendah kepada EBITDA.
Pengumpulan tunai TM hadir daripada pendapatan yang mampan dan margin tinggi daripada kadar cukai yang lebih rendah.
Firma penyelidikan itu mengekalkan saranan 'tambah' dengan harga sasaran (TP) RM7.30 sesaham, dengan penilaian 5.6 kali ganda nilai perusahaan yang diunjurkan untuk FY25.
"Kami melihat penyampaian pendapatan yang berterusan, ditambah dengan dividen yang berpotensi lebih tinggi, menyediakan pemangkin penarafan semula utama untuk saham dalam tempoh 12 bulan akan datang," katanya dalam satu nota kajian, hari ini.
Pada 0.9x hutang bersih kepada EBITDA pada akhir September 2023, hutang bersih TM adalah lebih rendah daripada pengendali mudah alih Malaysia CelcomDigi Bhd pada dua kali dan Maxis pada 2.3x, kata CGS-CIMB.
Firma penyelidikan itu berkata, perbelanjaan modal untuk FY23 hingga FY26 berkemungkinan mencapai antara 18% hingga 19% daripada jualan berbanding panduan pengurusan antara 18% hingga 20% bagi FY23 tetapi melebihi asas jangka panjang antara 16% hingga 18%.
"Mereka juga dicadangkan untuk memberikan lebih banyak pengagihan tunai atau nisbah pembayaran dividen yang lebih tinggi," katanya.
Bagaimanapun, kumpulan itu berdepan beberapa cabaran termasuk peningkatan campur tangan kawal selia dalam objektif sosial (diskaun lebih tinggi) dan TM mengambil peranan utama dalam rangkaian 5G. - DagangNews.com