Top Glove untung besar RM1.29 bilion | DagangNews Skip to main content

Top Glove untung besar RM1.29 bilion

KUALA LUMPUR 17 Sept. - Top Glove Corp Bhd mencatat keuntungan bersih suku tahunan terbesar sebanyak RM1.29 bilion berakhir 31 Ogos lalu, yang merupakan rekod 18 ganda berbanding yang diraihnya sebanyak RM74.17 juta tahun lalu.

Perolehan sesaham melonjak kepada 15.95 sen berbanding hanya 97 sen sebelum ini manakala perolehan suku tahunan meningkat 161.5% kepada RM3.11 bilion daripada RM1.19 bilion pada 4QFY19.

Dalam pernyataannya kepada Bursa Malaysia, Lembaga Pengarah Top Glove mencadangkan pembayaran dividen akhir sebanyak 8.5 sen sesaham, menjadikan jumlah keseluruhan dividen bagi FY20 sebanyak 11.8 sen sesaham.

Ia adalah 9.3 sen atau hampir lima kali ganda berbanding dividen 2.5 sen pada FY19, dan mewakili nisbah pembayaran keuntungan bersih sebanyak 51%.

Pengilang sarung tangan getah itu berkata, pertumbuhan pesat disebabkan permintaan tinggi global bagi produk sarung tangannya semasa pandeik COVID-19.
 

aaa
ANTARA produk sarung tangan getah keluaran Top Glove.


"Pertumbuhan permintaan 4QFY20 begitu kuat di Asia, Eropah Barat dan Eropah Timur, masing-masingnya naik sebanyak 110%, 73% dan 64% berbanding 4QFY19.

"Paling ketara ialah permintaan untuk sarung tangan nitrile yang tumbuh sebanyak 31% tahun atas tahun, manakala sarung tangan ujian getah semula jadi juga tumbuh 7%, berbanding tempoh sama pada FY19. Menggambarkan permintaan pasaran, purata harga jualan (ASP) juga meningkat," kata Top Glove dalam kenyataan itu.

Keuntungan besar itu juga disumbangkan oleh faktor penambahbaikan produktiviti yang telah dilaksanakan oleh Top Glove, dengan tahap utilisasi kumpulan yang kekal pada hampir 100%, mempamerkan kecekapan pengeluaran, dan meraih sepenuhnya skala ekonomi. Utilisasi tinggi membantu mengurangkan banyak kos overhead, khususnya tenaga buruh dan gas asli.

“Turut menyumbang kepada keputusan luar biasa ialah Aspion Sdn Bhd yang mencatat keuntungan sebelum cukai sebanyak RM139.9 juta, seiring dengan kedudukan kumpulan meraih faedah daripada pengambilalihan syarikat itu.

Kapasiti tambahan tersebut membantu Top Glove memenuhi permintaan tinggi sarung tangan," katanya. - DagangNews.com