Oleh ZULFADLI SHARIFUDIN
KUALA LUMPUR 31 Okt - Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob menzahirkan ucapan takziah kepada Korea Selatan berikutan tragedi rempuhan maut ketika perayaan Halloween di Itaewon, Seoul baru-baru ini.
Ismail Sabri menerusi ciapan di Twitter rasminya turut menitipkan doa kepada mangsa dan keluarga mereka.
"Bagi pihak kerajaan dan rakyat Malaysia, saya ingin merakamkan ucapan takziah kepada rakyat Republik Korea, berikutan tragedi ngeri di Itaewon, Seoul pada 29 Oktober 2022.
"Doa simpati kami kepada mangsa dan keluarga mereka," katanya.
Terdahulu, rempuhan tersebut mengorbankan sekurang-kurangnya 151 nyawa, manakala 156 lain cedera. - DagangNews.com