TransferWise perluas perkhidmatan pindahan wang antarabangsa | DagangNews Skip to main content

TransferWise perluas perkhidmatan pindahan wang antarabangsa

TransferWise

Oleh MUHAMMAD ARIEF CHE SOH
arief@dagangnews.com

 

 

KUALA LUMPUR 2 Dis. - Syarikat teknologi global terkemuka, TransferWise memperluas jaringan perkhidmatan pemindahan wang syarikatnya.

 

Pelanggan TransferWise di Malaysia kini boleh menerima pemindahan wang antarabangsa dengan murah dan cepat dari Indonesia selain dapat mengirim ringgit kepada pengguna Alipay di China.

 

Pengurus Negara TransferWise Malaysia, Lim Paik Wan berkata, 
misi pihaknya di Malaysia adalah untuk menjadikan proses  menghantar dan menerima wang dari seluruh negara dapat dijalankan dengan pantas dan lebih murah.

 

"Kami teruja dapat memberikan peningkatan baru dalam perkhidmatan kami di sini untuk pelanggan kami di Malaysia, terutamanya liputan rangkaian yang lebih luas yang membolehkan mereka menerima kiriman wang dari Indonesia dan mengirim wang ke China," jelas beliau dalam satu kenyataan hari ini.

 

Pengumuman terbaru itu adalah termasuk penurunan harga untuk pengiriman wang ke 10 mata wang dalam Asia juga membolehkan pelanggan menerima pembayaran pemindahan wang antarabangsa dalam beberapa minit.

 

Pada September, TransferWise telah mengenakan kadar lebih murah untuk pelanggan bagi mengirim wang ke MYR atau salah satu daripada sembilan mata wang Asia yang lain iaitu INR, THB, IDR, CNY, PKR, VND, KRW, LKR, atau BDT sebagai sebahagian daripada usahanya untuk menjadikan pemindahan wang antarabangsa lebih berpatutan dan telus. 

 

Untuk beberapa laluan mata wang, penurunan harga boleh mencapai sehingga 30%.

 

Perkhidmatan yang disediakan oleh TransferWise adalah seperti berikut;

  • Murah : sehingga 4x ganda berbanding dengan bank dan penyedia-penyedia perkhidmatan yang lain.
  • Lebih cepat : 50% daripada semua pemindahan di seluruh dunia siap dalam masa satu jam, dengan lebih daripada 30% tiba di destinasi mereka dengan serta-merta (dalam masa kurang dari 20 saat).
  • Lebih mudah : 100% pengalaman dalam talian dari pengesahan hingga ke proses penetapan dan selesai pemindahan, pelanggan tidak perlu meninggalkan kediaman mereka.
  • Lebih telus : satu-satunya perkhidmatan yang menggunakan kadar pertukaran pasaran sebenar yang dilihat di Google. - DagangNews.com