Tujuh langkah pemulihan sektor logistik, perkapalan | DagangNews Skip to main content

Tujuh langkah pemulihan sektor logistik, perkapalan

perkapalan

KUALA LUMPUR 10 Julai - Tujuh langkah pemulihan diperkenalkan Lembaga Pelabuhan Klang (LPK) dengan tujuan untuk memulihkan semula ekonomi sektor logistik dan perkapalan yang terjejas ekoran wabak COVID-19.

Menteri Pengkutan, Datuk Seri Dr. Wee Ka Siong berkata, langkah dan inisiatif itu diluluskan oleh jemaah LPK dalam satu persidangan pada Isnin lalu yang jelas dapat merancakkan semula pembangunan sektor berkenaan.

Menteri Pengkutan, Datuk Seri Dr. Wee Ka Siong
Menteri Pengkutan, Datuk Seri Dr. Wee Ka Siong

 

Tujuh langkah pemulihan adalah seperti berikut;

  • Melanjutkan tempoh simpanan tambahan secara percuma kepada kargo eksport (tujuh hari) dan kontena import (enam hari)
  • Permit dan yuran dikecualikan sepanjang Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) hingga Disember depan
  • Insentif komersial daripada operator terminal kepada syarikat perkapalan, pengimport dan pengeksport
  • Pembangunan sistem digitalisasi secara bersepadu di Pelabuhan Klang 
  • Peningkatan kapasiti infrastruktur di Pelabuhan Klang
  • Insentif kewangan oleh LPK berjumlah RM3.2 juta kepada penyewa tanah, syarikat perkapalan dan jeti bermula Mac hingga Disember depan dan
  • Penangguhan enam bulan Sewa pajakan sebanyak 30% bagi Zon Bebas Pelabuhan Klang (PKFZ) dan pembayaran semula pada 2021," jelas beliau seperti dipetik Bernama.

 

perkapalan

Dalam pada itu, beliau menambah, kemajuan dan kemampuan pelabuhan Malaysia yang berada pada kedudukan ke-12 pelabuhan terbesar dunia dilihat mampu melonjak ke tangga ke-10 pada masa hadapan.

"Kedudukan Malaysia tidak jauh dengan pelabuhan lain yang berada pada kedudukan ke-11 dan ke-10. Antara perkara yang harus dilakukan untuk menaikkan kedudukan tersebut adalah perojek pembesaran terminal dan mempertingkatkan kecekapan pengendalian kargo dan kontena," ujarnya. - DagangNews.com