Tun Rahah meninggal dunia | DagangNews Skip to main content

Tun Rahah meninggal dunia

 

Oleh ANIS FARHANAH MALEK
[email protected]

 

KUALA LUMPUR 18 Dis. - Ibu kepada bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak iaitu Tun Rahah Tan Sri Mohamed Noah telah menghembuskan nafas terakhir kira-kira 4.30 petang ini. 

 

Perkara itu disahkan oleh Najib menerusi Twitter miliknya pada 19 minit lalu, ketika laporan ditulis.

 

Innalillahwainnailaihirojiun. Bonda saya sudah tiada. 

 

“Kami sekeluarga di hospital.

 

“Kesedihan dan air mata mengalir. Tiada kata-kata untuk kehilangan ini,” tulis Najib. 

 

Tun Rahah yang juga merupakan balu kepada Perdana Menteri kedua, Tun Abdul Razak Hussein meninggal dunia pada usia 87 tahun di Pusat Perubatan Prince Court di sini. 

 

Semalam, Tun Rahah yang dimaklumkan tidak sihat menerima kunjungan beberapa pemimpin negara di hospital.

 

Dalam perkongsian status di Facebook, Najib merafak sembah dan menjunjung kasih atas kunjungan Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa dan Sultan Perak Sultan Nazrin Muizzuddin Shah. - DagangNews.com