Unit Eco World Development terbit sukuk RM550 juta | DagangNews Skip to main content

Unit Eco World Development terbit sukuk RM550 juta

KUALA LUMPUR 31 Okt - Eco World Development Group Bhd. menerusi unit milik penuhnya, Eco World Capital Bhd., menghasilkan program sukuk wakalah dengan nilai nominal RM1.2 bilion dan berjaya menerbitkan sukuk sulungnya bernilai RM550 juta dengan tempoh lima tahun. 

 

Dalam makluman kepada Bursa Malaysia hari ini, kumpulan berkata, program tersebut dijamin oleh Eco World Development dan diberi penarafan kredit akhir AAIS(CG) dengan prospek stabil oleh MARC Ratings Bhd.

 

"Hasil daripada terbitan sukuk itu akan digunakan bagi keperluan modal kerja, perbelanjaan modal dan pelaburan patuh Syariah Eco World Development dan anak syarikatnya dan atau mana-mana usaha sama yang ia terlibat.

 

"Malah, ia juga akan digunakan bagi tujuan korporat am syarikat dan atau mana-mana usaha sama yang Eco World Development terlibat dan atau bagi pembiayaan semula mana-mana pembiayaan sedia ada atau obligasi pembiayaan patuh syariah pada masa depan dan atau mana-mana usaha sama," katanya dalam makluman di Bursa Malaysia hari ini.

 
CIMB Investment Bank Bhd, HSBC Amanah Malaysia Bhd dan Maybank Investment Bank Bhd adalah penasihat prinsipal bersama dan Penyusun Utama Bersama bagi program sukuk wakalah.

 

Sementara itu, CIMB Investment Bank Bhd, HSBC Amanah Malaysia Bhd, Maybank Investment Bank Bhd dan RHB Investment Bank Bhd adalah pengurus utama bersama bagi terbitan sukuk itu. - DagangNews.com