Yezza sertai platform tempahan penghantaran dalam talian DelyvaNow | DagangNews Skip to main content

Yezza sertai platform tempahan penghantaran dalam talian DelyvaNow

Hanif Wahid menunjukan aplikasi tempahan penghantaran dalam talian DelyvaNow menerusi telefon pintar
Oleh ZULFADLI SHARIFUDIN

KUALA LUMPUR 7 Feb - Delyva Sdn. Bhd. (Delyva) hari ini mengumumkan Yezza telah memilih platform tempahan penghantaran dalam taliannya yang dikenali DelyvaNow. 

 

Sejak awal tahun ini, Yezza mengintegrasi DelyvaNow ke dalam sistem perdagangannya sekali gus memudahkan peniaga mengakses pelbagai perkhidmatan kiriman cepat dan atas permintaan melalui satu platform. 

 

Yezza merupakan platform peniaga kecil dan sederhana (PKS) dan mikro membuka kedai dan menjual pelbagai barangan seperti makanan dan pakaian dalam aplikasi WhatsApp.

 

Ketua Pegawai Eksekutif Delyva, Hanif Wahid berkata, pihaknya teruja bekerjasama dengan Yezza bagi membolehkan peniaga mengakses platform penghantaran dalam talian mereka. 


"Dalam hal mengurus penghantaran, kami memahami cabaran-cabaran dihadapi peniaga dalam talian. 

 

"Sistem DelyvaNow berfungsi memperkemas pengurusan penghantaran, supaya mereka dapat menumpukan perhatian menjual barangan dan mengembangkan perniagaan. Kami gembira dengan kesan positif yang kami hasilkan bersama Yezza," katanya dalam satu kenyataan.

 

Dalam perkembangan sama, Ketua Pegawai Eksekutif Yezza, Ammar Roslizar pula berkata, pihaknya telah menyiapkan integrasi dengan DelyvaNow. 

 

Jelasnya, kehadiran Delyva membantu menguatkan Yezza sebagai tempat perdagangan sosial yang sedang meningkat dan menjadikan urusan perniagaan dalam talian lebih cekap bagi para peniaga. 

 

 

yezza
Ammar Roslizar

 

 

"Mereka kini dapat mengakses pelbagai perkhidmatan kiriman cepat dan atas permintaan hanya dengan menggunakan akaun Yezza mereka.

 

 

delyva

 

 

“Satu lagi kelebihan utama menggunakan DelyvaNow ialah kedua-dua pedagang kami dan pelanggan mereka kini dapat menjejak penghantaran secara langsung dan akhirnya integrasi ini membantu meningkatkan pengalaman pengguna,” katanya.

 

 

delyva

 

 

DelyvaNow mempunyai rakan kongsi penghantaran atas permintaan yang beroperasi lebih daripada 20 bandaraya di seluruh Malaysia. 

 

Ini menjadikannya mudah bagi pedagang mengembangkan perniagaan mereka ke kawasan baru tempat perkhidmatan penghantaran atas permintaan sedia ditawarkan.

 

 

delyva

 

 

DelyvaNow ialah platform tempahan penghantaran dalam talian bagi membantu perniagaan q-dagang dan e-dagang menjimatkan wang dan masa pada penghantaran, mengekalkan lebih ramai pelanggan serta membesar dengan lebih pantas. - DagangNews.com