Ketua Yoodo, Chow Tuck Mun
KUALA LUMPUR 2 Nov – Yoodo, perkhidmatan mudah alih 100% digital pertama di Malaysia telah melancarkan kempen Unlimited Theory, yang menawarkan pelbagai hadiah menarik kepada pengguna baharu dan sedia ada.
Ketua Yoodo, Chow Tuck Mun berkata, para pengguna boleh menyesuaikan setiap aspek pelan tanpa had mereka termasuk kelajuan internet dan kuota data hotspot selain daripada minit panggilan suara dan sistem pesanan ringkas (SMS) sambal menikmati layaran internet tanpa had.
Selain itu, pelanggan Yoodo Unlimited baharu juga boleh menikmati data berkelajuan tinggi 5GB PERCUMA apabila mereka mengaktifkan kad SIM Yoodo masing-masing, serta minit panggilan suara dan kuota hotspot percuma 6GB yang merupakan sebahagian daripada pakej Unlimited.
Kempen Unlimited Theory memberikan peluang khusus kepada para pengguna Yoodo untuk memenangi pelbagai hadiah istimewa daripada 1 November sehingga 31 Disember 2021.
Para pengguna baharu yang telah pindah masuk (port-in) ke Yoodo atau mengaktifkan talian baharu dan kemudian melanggan pelan Unlimited dalam tempoh kempen ini berpeluang untuk memenangi Apple iPhone 13; Samsung Galaxy Z Flip 3, TV Pintar LED 4K UHD Samsung 65” dan banyak lagi hadiah-hadiah hebat dan kredit Yoodo.
Untuk memenanginya, pengguna hanya perlu hantar tangkapan skrin penggunaan data Pelan Unlimited mereka dalam papan pemuka aplikasi Yoodo ke Instagram Story atau Twitter mereka bersama hashtag #unlimitedyoodo serta tag @yoodomy. Sebanyak 30 pemenang bertuah akan dipilih setiap minggu dari 1 November hingga 12 Disember 2021.
Tuck Mun berkata, apa yang berlaku dalam masa dua tahun lepas telah membuktikan betapa pentingnya sambungan internet untuk kekal berhubung dan berhibur.
‘’Kami ingin menunjukkan kepada para pengguna bahawa sama ada anda bermain mainan mudah alih sepanjang malam, berbual bersama orang tersayang atau hanya menonton rancangan TV dan filem kegemaran melalui peranti mudah alih anda, Yoodo sentiasa ada di samping anda,” ujarnya. – DagangNews.com