Projek tebatan banjir Fasa Dua RM1.3 bilion untuk selesaikan masalah banjir di Pasir Mas, Tumpat
PASIR MAS 2 Mac - Kementerian Alam Sekitar dan Air (KASA) telah mengemukakan cadangan untuk melaksanakan projek tebatan banjir fasa dua membabitkan kos RM1.3 bilion di dua daerah, iaitu Pasir Mas dan Tumpat, Kelantan.