Skip to main content

BAM nafi khabar angin Zii Jia akan tinggalkan BAM untuk bergerak secara profesional

Oleh NOR AZAN FITRI AHMAD HIDZIR
azan@dagangnews.com

 

KUALA LUMPUR 30 Dis - Persatuan Badminton Malaysia (BAM) menafikan pemain perseorangan No.1 negara, Lee Zii Jia akan meninggalkan badan induk itu dan bergerak secara profesional.

 

Setiausaha Agung BAM, Datuk Kenny Goh memberitahu, pemain berusia 23 tahun itu tidak akan ke mana-mana sebaliknya akan terus bernaung bersama badan induk sukan badminton negara itu.

 

"Saya sudah bercakap dengan Zii Jia dan dia sendiri tidak tahu mengenai laporan berkenaan.

 

"Dia tetap akan bersama kami dalam meneruskan misi menjadi tonggak utama kepada skuad badminton kebangsaan dan fokus utamanya adalah 100% kepada Sukan Olimpik Paris 2024," katanya dalam satu kenyataa, hari ini.

 

Sebelum ini, teradapat khabar angin menyatakan juara All England 2020 itu akan bergerak secara bebas dan pengarah kejurulatihan, Wong Choong Hann tidak menafikan perkara itu.

 

Difahamkan ada tawaran lumayan sedang menantinya untuk meninggalkan BAM apabila melibatkan penajaan sebanyak RM4 juta bagi membiayai perjalanan prefesionalnya.

 

Sebelum ini terdapat beberapa pemain bertindak meninggalkan BAM untuk bergerak secara profesional termasuk Cheam June Wei. - DagangNews.com