8 pembangunan unggul Sunway Property terima tempahan RM800 juta | DagangNews Skip to main content

8 pembangunan unggul Sunway Property terima tempahan RM800 juta

Menara Sunway Belfied sedang rancak dalam pembinaan.

KUALA LUMPUR 5 Okt - Sunway Property mencatatkan jumlah tempahan sebanyak RM800 juta bagi lapan pembangunan unggulnya daripada Kempen Signature Series 2022 yang dilaksanakan baru-baru ini.

 

Dengan memperoleh tempahan sebanyak 1,131 unit, kejayaan kempen itu disumbangkan oleh falsafah reka bentuk dipertingkatkan, Sunway Design and Development Architecture (SDDA), dengan semua projek dalam kempen berkenaan  menampilkan elemen Kelestarian, Inovasi, Kesihatan dan Kesejahteraan serta Gaya Hidup dan Pengalaman Baharu.


 

sunway
Ilustrasi bangunan Sunway Belfield.

 


Kempen itu, yang berakhir pada bulan lepas, menampilkan lapan projek unggul Sunway Property iaitu Sunway Alishan, Sunway Flora, Jernih Residence, Sunway Artessa, Sunway d'hill, Sunway Serene, Sunway Velocity TWO dan Sunway Belfield yang kesemuanya terletak dalam lokasi utama di sekitar Lembah Klang.

 

Pengarah Eksekutif Kanan Sunway Property Wilayah Tengah, Chong Sau Min menyifatkan kejayaan kempen itu disebabkan oleh minat yang semakin meningkat terhadap kediaman bersepadu, holistik dan lestari di lokasi-lokasi strategik yang mempunyai akses dan ketersambungan yang hebat.

 

“Selepas pandemik, banyak keluarga mencari kediaman yang boleh menampung gaya hidup norma baharu mereka.

 

“Setiap pembangunan kami dilaksanakan sejajar dengan Reka Bentuk dan Seni Bina Pembangunan Sunway Property yang dipertingkatkan dengan memastikan ciri-ciri Kelestarian, Inovasi, Kesihatan dan Kesejahteraan serta Gaya Hidup dan Pengalaman Baharu yang disepadukan dalam rumah-rumah yang disediakan untuk para pembeli kami,” katanya.


 

sunway
Sunway Artessa di Wangsa Maju, Kuala Lumpur.

 


Ciri-ciri reka bentuk yang boleh dinikmati oleh para pembeli rumah baharu ini termasuklah kemudahan mengecas kenderaan elektrik di tempat letak kereta penduduk, reka bentuk pelbagai generasi yang inovatif dengan reka bentuk mesra kanak-kanak dan mesra warga emas.

 

Selain itu, terdapat laluan pejalan kaki berbumbung ke sistem pengangkutan awam berdekatan, ruang kerja bersama dalam pembangunan mereka, perkakas kawalan kualiti udara NanoeTM, taman-taman herba, PopBoxes (loker mengambil bungkusan), ruang khusus penghantaran bungkusan dan makanan, tempat letak kereta berbilang tingkat dengan tanjakan ekspres serta akses rumah tanpa kunci menggunakan kunci digital.

 

Di bawah Kempen Signature Series 2022, pembeli didaftarkan secara automatik sebagai ahli Sunway Property Pals+ dan boleh menikmati kemudahan dan keistimewaan terpilih baharu merangkumi Rent+, Care+ dan Rewards+.

 

Sunway Property sedang menjalankan kempen Putar & Menang untuk produk unggulnya mulai sekarang hingga 31 Oktober.


 

jernih
Jernih Residence di Kajang, Selangor

 


Sepanjang tempoh kempen itu, pembeli berpeluang memenangi hadiah dengan jaminan yang bernilai sehingga RM500,000 termasuklah Kerusi Urut Ogawa, Thermomix, Baucar Diskaun sehingga kepada RM5,888, kredit Touch 'n Go bernilai RM5,000 dan banyak lagi apabila mereka menempah unit dengan Sunway Property.

 

Projek-projek yang menyertai kempen itu ialah Sunway Serene, Sunway Velocity TWO, Sunway Belfield, Sunway Artessa, Sunway d’hill, Jernih Residence dan Sunway Alishan. – DagangNews.com