Dreamshop bekerjasama dengan CIMB tawarkan Pelan Mudah Bayar 0% sehingga 60 bulan untuk pembelian Aprilia | DagangNews Skip to main content

Dreamshop bekerjasama dengan CIMB tawarkan Pelan Mudah Bayar 0% sehingga 60 bulan untuk pembelian Aprilia

Oleh JOHARDY IBRAHIM

KUALA LUMPUR 13 Okt – Dengan demam Petronas Grand Prix of Malaysia kembali melanda Malaysia, Dreamshop merealisasikan impian pelanggan mereka untuk memiliki motosikal Aprilia serba baharu!

 

Dreamshop, platform E-Dagang tempatan dan yang pertama dengan kategori automotif, mengumumkan satu lagi kerjasama menarik dengan CIMB Bank, menawarkan pelan pembayaran tanpa faedah 0% sehingga 60 bulan kepada peminat Aprilia.

 

Aprilia merupakan model dua roda ketiga yang dimasukkan ke dalam kategori automotif di Dreamshop selepas Vespa dan Royal Enfield yang dimasukkan ke dalam platform sejak Oktober tahun lalu.

 

Ketua Pegawai Eksekutif DCR Marketing, syarikat induk Dreamshop, Rosalie Lin berkata, pihaknya berbangga dapat bekerjasama dengan CIMB Bank untuk menawarkan pelan Easy Pay 0% yang menarik sehingga 60 bulan untuk pelanggan Dreamshop membeli model Aprilia melalui kad kredit CIMB Bank.

 

“Kami yakin tawaran eksklusif ini akan mengujakan peminat sukan permotoran untuk bersama-sama meraikan Petronas Grand Prix of Malaysia,” katanya.

Rosalie Lin
                                     Rosalie Lin

 


Pengarah Eksekutif Kumpulan Didi Juan Chow Wee berkata, kerjasama dengan Dreamshop ini merupakan komitmen jangka panjang untuk Kumpulan Didi dan memanfaatkan perkongsian dengan Dreamshop dan CIMB Bank, keuntungannya lebih besar.

 

“Dengan prestasi jualan Dreamshop yang mengagumkan untuk kategori kenderaan dua roda, terutamanya untuk Vespa dan Royal Enfield, kami yakin bekerjasama dengan platform e-dagang seperti Dreamshop menjadi norma baharu untuk memasarkan jenama kami,” ujarnya.

 

Pada Oktober tahun lalu, Vespa menjadi jenama automotif pertama yang dijual di Dreamshop, diikuti oleh Royal Enfield enam bulan kemudian. Kedua-dua jenama telah mendapat penerimaan yang baik dan minat yang kuat daripada pelanggan.


 

aprilia

Model Aprilia yang akan tersedia di Dreamshop termasuk:

1) Aprilia SR GT 200 @ Harga serendah RM362 sebulan

2) Aprilia SR GT 200 Sport @ Harga serendah RM380 sebulan

3) Aprilia RS660 @ Harga serendah RM1,270 sebulan

(Harga di atas adalah berdasarkan pelan CIMB 0% Easy Pay sehingga 60 bulan)

 

Selain itu, Aprilia SR GT juga akan menyertai Petronas Grand Prix of Malaysia di Litar Antarabangsa Sepang pada 21-23 Oktober 2022.

 

 

aprilia

 

 

Peminat Aprilia yang merupakan pemegang kad CIMB Bank boleh menikmati harga promosi pada RM499 (harga runcit biasa pada RM699), termasuk daripada:

• Pas 3 hari dengan 2 hari ke Grandstand (22-23 Oktober 2022)

• Tempat letak basikal khusus Aprilia

• Door Gift bernilai RM300

• Makanan dan minuman untuk hari Ahad

 

Promosi sedang berlangsung dari hari ini hingga 17 Oktober 2022 dan tiket boleh dibeli di www.dreamshop.com.my Dapatkan tiket anda hari ini, sementara stok masih ada. Juga, barangan Aprilia Moto GP Edisi Terhad akan disediakan dengan diskaun 10% semasa acara itu juga! – DagangNews.com