KUALA LUMPUR 23 Feb - Pengerusi Eksekutif Kumpulan Syarikat Brahim’s Dewina, Datuk Seri Ibrahim Ahmad menerima Anugerah Kepimpinan Ikon Perniagaan Global Malaysia sempena penganjuran Forum Perniagaan Global Malaysia, di sini.
Syarikat pengeluar produk makanan jenama Brahim's itu menerusi hantaran di Facebook hari ini memaklumkan, pengiktirafan tersebut juga menandakan satu lagi kejayaan untuk kumpulan.
Anugerah tersebut telah disampaikan oleh Timbalan Perdana Menteri merangkap Menteri Perladangan dan Komoditi, Datuk Seri Fadillah Yusof bagi meraikan kecemerlangan dalam usaha niaga pada majlis tersebut.
Terdahulu, forum berkenaan dianjurkan Majlis Perniagaan Global Malaysia (MGBC) dan Institut Strategik KSI untuk Asia Pasifik (KSI) dengan sokongan Dewan Perniagaan Dunia.
Pengurusan dari Kumpulan Syarikat Brahim’s Dewina turut hadir menyaksikan majlis penganugerahan tersebut. - DagangNews.com