Skip to main content

Ethereum diramal capai AS$5,000 seminggu ini

NEW YORK 4 Mei - Mata wang kripto No.2 di dunia, Ethereum terus mencatatkan peningkatan dan momentum tersebut mendorong pakar kripto mengunjurkan harganya boleh mencecah paras AS$5,000 dalam minggu ini.

 

“Ether adalah satu daripada penerima manfaat daripada letusan meluas di dalam pasaran mata wang kripto," tulis Nigel Green, ketua eksekutif dan pengasas deVere Group, di dalam nota yang diterbitkan Isnin.

 

Boom yang diraih dalam bulan-bulan kebelakangan ini telah dijana oleh minat bersemarak pelabur-pelabur institusi utama dan pertambahan pengiktirafan bahawa mata wang digital tanpa sempadan adalah masa hadapan wang," katanya, lapor marketwatch.com.

 

“Momentum ini berkemungkinan semakin meneguh dalam tempoh jangka terdekat dan saya percaya Ether akan mencecah AS$5,000 di dalam tujuh hari ini,” ramal beliau.

 

nigelgreen

 

Pada 3 Mei, Ether ETHUSD, naik 3.80%, aset yang beroperasi di atas protokol Ethereum, mencatat paras AS$3,237 iaitu paras tertinggi pernah dicatatnya sepanjang masa, menurut data CoinDesk.

 

Lonjakan bagi Ether didorong oleh bitcoin BTCUSD, yang mencatat kenaikan 0.25% tetapi kelihatan menyejuk jika dibandingkan dengan Ether.

 

Nilai Ether telah disokong sebahagiannya oleh minat yang bertambah terhadap token tidak sepiawai (nonfungible) atau NFTs, dan sudut lain pasaran kripto digital yang disokong di atas blok rantai Ethereum.

 

Malah, minat di dalam NFTSs, pengesahan aset popular yang menjadi perhatian dunia sekarang, telah membantu melonjak minat ramai untuk Ethereum, di mana kebanyakan NFTs dipautkan.

 

Ethereum, dilancarkan pada 2015 oleh pasukan yang merangkumi Vitarik Buterin, Charles Hoskinson, dan Gavin Wood d atas konsep sama dengan bitcoin, telah diperakui kerana kesenangan penggunaannya oleh pembangun perisian untuk menulis program yang ditempah pada rangkaiannya.

 

Menurut The Wall Street Journal, kira-kira 7 juta alamat baharu Ethereum atau akaun yang boleh menyimpan baki ether, diwujudkan pada empat bulan pertama 2021, yang memetik data analitik firma IntoTheBlock.

 

Tarikan utama jualan Bitcoin sebagai aset digital ialah keupayaannya tempatan simpanan bernilai tetapi tidak sangat sebagai mata wang. Rangkaian Ethereum pula dilihat oleh ramai sebagai tulang belakang yang bertenaga, bersumber terbuka di mana sebilangan aplikasi boleh jadikan pangkalan.

 

Sememangnya diharapkan oleh para peminatnya supaya Ether satu hari nanti akan melangkaui nilai pasaran bitcoin sebagai kripto nombor satu di dunia.

 

Pada masa ini, nilai pasaran bitcoin ialah AS$1.09 trilion, berbanding Ether AS$366 bilion, menurut CoinMarketCap.com.

 

bit

 

Harga Ether pada Isnin menokok 10% dan 341% tahun ke tarikh semalam. Sebagai perbandingan, harga bitcoin naik 2% pada hari yang sama tetapi dianggap `sendu' pada masa ini.

 

Aset tradisional sukar menyaingi kenaikan mata wang digital. The Dow Jones Industrial Average DJIA, mencatat kenaikan 0.70% dan S&P 500 index SPX, hanya 0.27% iaitu kenaikan 11% setakat ini bagi 2021. Manakala Nasdaq Composite Index COMP, merosot 0.48% sekadar meraih 8%. Harga emas GC00, mencatat kenaikan 0.02% tetapi menurun 5.4% dari segi nilai.

 

Berkshire Hathaway Inc. Charlie Munger
Naib Pengerusi Berkshire Hathaway Inc., Charlie Munger

 

Sebilangan pelabur tradisional masih menjauhi diri dari pasaran mata wang digital termasuk Naib Pengerusi Berkshire Hathaway Inc., Charlie Munger.

 

Semasa mesyuarat tahunan pemegang saham, Munger mengaku beliau membenci kejayaan bitcoin dan tidak mengalu-alukan mata wang yang berguna untuk penculik dan pemeras ugut. - DagangNews.com