Felda beli lagi saham FGV, 5.14 juta unit | DagangNews Skip to main content

Felda beli lagi saham FGV, 5.14 juta unit

 

Oleh ANIS FARHANAH MALEK
anisfarhanah@dagangnews.com

 

KUALA LUMPUR 15 Jan. - Felda terus menambahkan lagi pegangan sahamnya dalam FGV Holdings Berhad apabila membeli saham sebanyak 5,147,200 unit dalam pasaran terbuka. 

 

Perkara itu diumumkan dalam makluman ringkas di Bursa Malaysia sebentar tadi. 

 

Pengambilalihan itu dibeli pada kadar RM1.29 saham, melibatkan jumlah RM6.64 juta. 

 

Semalam, Felda membeli 22 juta saham FGV dalam pasaran terbuka pada nilai sesaham yang sama.

 

Pembelian saham itu berjumlah RM28.38 juta. 

 

Ini menjadikan pegangan saham Felda dalam FGV yang diperoleh menerusi pasaran terbuka menokok kepada 27.14 juta dengan jumlah pembelian keseluruhan mencecah sekitar RM35.02 juta. 

 

Pembelian saham itu menjadikan hasrat Felda untuk mengambil alih kepentingan dalam FGV semakin hampir.

 

Baca : Felda hampir memiliki FGV?

 

Pada 8 Disember 2020, Felda menyatakan hasrat untuk mengambil alih sebanyak 506,190,800 atau 13.88% ekuiti FGV dengan nilai sebanyak RM658 juta.

 

Agensi itu bercadang untuk meningkatkan pegangannya dengan membeli keseluruhan kepentingan yang dimiliki Kumpulan Wang Persaraan Diperbadankan (KWAP), 6.1% dan Urusharta Jamaah Sdn. Bhd., 7.78%. 

 

Tawaran tunai RM1.30 sesaham oleh Felda akan dibuka untuk penerimaan sehingga 5 petang, menjelang 2 Februari 2021. 

 

Setakat dagangan 12.30 tengah hari, nilai saham FGV menyusut RM0.01 kepada RM1.29, daripada paras yang ditutup semalam, RM1.30. - DagangNews.com