HSBC Malaysia rangkul 2 pengiktirafan di Anugerah Kecemerlangan Teknologi Malaysia 2020 | DagangNews Skip to main content

HSBC Malaysia rangkul 2 pengiktirafan di Anugerah Kecemerlangan Teknologi Malaysia 2020

HSBC Malaysia

Oleh MUHAMMAD ARIEF CHE SOH
arief@dagangnews.com

 

 

KUALA LUMPUR 25 Sept. - HSBC Bank Malaysia Berhad (HSBC Malaysia) berjaya merangkul dua pengiktirafan dalam Anugerah Kecemerlangan Teknologi Malaysia 2020.

Ketua Negara Harta dan Perbankan Peribadi HSBC Malaysia, Tara Latini berkata, dua anugerah yang dimenangani pihaknya ialah Pengurusan Maklumat (perbankan) bagi projek Premier Public Website Content Simplification dan anugerah perkhidmatan dalam talian (perbankan) bagi projek Remote Engagement Service.

"Penghargaan tersebut adalah bukti komitmen pihaknya untuk meningkatkan inovasi dan ciri digital HSBC Malaysia untuk memberi pengalaman perbankan yang lebih mudah dan lancar kepada pelanggan kami.

"Visi kami adalah untuk mewujudkan bank 24/7 (24 jam/ 7 hari) yang selamat dan selesa bagi membolehkan pelanggan mendapatkan akses pada bila-bila masa dan di mana sahaja," jelasnya dalam satu kenyataan hari ini.

Tara Latini
Tara Latini

 

Anugerah Kecemerlangan Teknologi Malaysia 2020 memberi pengiktirafan kepada syarikat luar biasa yang menerajui revolusi teknologi dan perjalanan industri digital di samping meningkatkan ekonomi.

Hasil pengenalan kepelbagaian ciri baharu oleh bank antarabangsa kepada pelanggannya, HSBC diiktiraf sebagai salah sebuah bank digital terkemuka di Malaysia.

Sementara itu, Ketua Digital, Harta dan Perbankan Peribadi, Heather Goh berkata, pengiktirafan terhadap kemampuan digital pihaknya adalah bukti sokongan terhadap penyelesaian pelanggan dalam mendigitalkan pengalaman perbankan.

Heather Goh
Heather Goh

 

"Kemenangan ini mendorong kami untuk terus menyediakan teknologi yang inovatif dalam menyampaikan bank kami dalam visi Pocker dan terus memberi perkhidmatan kepada pelanggan kami," jelasnya lagi. 

HSBC Malaysia ditubuhkan pada 1884 ketika Bank Hongkong dan Shanghai menubuhkan penjabat pertamanya di Malaysia yang bertempat di Pulau Pinang.

HSBC Malaysia diperbadankan secara tempatan pada 1984 dan merupakan anak syarikat milik penuh The Hongkong dan Shanghai Banking Corporation Limited.- DagangNews.com