15 RAMD selamatkan 50 mangsa banjir di Taman Negeri Kenaboi | DagangNews Skip to main content

15 RAMD selamatkan 50 mangsa banjir di Taman Negeri Kenaboi

Oleh NOR AZAN FITRI AHMAD HIDZIR
azan@dagangnews.com

 

KUALA LUMPUR 22 Dis - Batalion Ke-15 Rejimen Askar Melayu Diraja (15 RAMD) menyelamatkan seramai 50 orang awam yang terperangkap dan terputus bekalan makanan serta ubat-ubatan sejak dua hari lalu di Taman Negeri Kenaboi, Jelebu.

 

Tentera Darat Malaysia (TDM) dalam satu kenyataan berkata, seramai dua pegawai dan 23 anggota dari 15 RAMD diatur gerak membantu mangsa banjir di lokasi tersebut.

 

"Beberapa anggota sebelumini telah menemukan tiga orang awam sedang mencari makanan pada pukul 11.15 pagi.

 

"Susulan itu, satu kumpulan tinjau diatur gerak untuk mencari laluan masuk dan mengenal pasti jumlah orang awam yang memerlukan bantuan

 

"Bantuan bekalan makanan serta ubat-ubatan seterusnya dibawa masuk ke Taman Negeri Kenaboi bagi membantu mangsa yang terlibat," katanya.

 

Kenyataan itu berkata, seramai 31 orang bersetuju ditempatkan di Kem Rekreasi Bukit Perjuangan manakala baki 19 orang yang enggan keluar dan perkara itu telah dimaklumkan kepada Pusat Kawalan Operasi Bencana (PKOB) Daerah Jelebu untuk tindakan selanjutnya.

 

Gerakan mencari dan menyelamat seperti ini sejajar dengan Tonggak Kelima Perintah Ulung Panglima Tentera Darat Ke-28 iaitu Peningkatan Hubungan Tentera Darat Dengan Awam. - DagangNews.com