154,866: Malaysia catat pemberian dos vaksin tertinggi semalam | DagangNews Skip to main content

154,866: Malaysia catat pemberian dos vaksin tertinggi semalam

Vaksinasi COVID-19. Kredit gambar Astro Awani

Oleh MUHAMMAD ARIEF CHE SOH
arief@dagangnews.com

 

 

KUALA LUMPUR 10 Jun - Pemberian dos vaksin secara harian terus meningkat kepada jumlah yang lebih tinggi iaitu 154,866 dos semalam.

 

Jawatankuasa Khas Jaminan Akses Bekalan Vaksin COVID-19 (JKJAV) berkata, jumlah berkenaan meliputi 114,671 pemberian dos pertama dan 40,195 bagi pemberian dos kedua.

 

Peningkatan secara harian tersebut secara tidak langsung menjadikan jumlah pemberian secara kumulatif meningkat hampir kepada empat juta dos.

 

.

 

Hingga kini, Malaysia mencatatkan 3.9 juta pemberian dos pertama dan kedua.

 

Jumlah berkenaan menyaksikan sebanyak 2.7 juta dos pertama dan 1.2 juta bagi dos kedua.

 

Berdasarkan statistik pemberian dos secara kumulatif itu, Kuala Lumpur mencatatkan jumlah pemberian dos pertama yang paling tinggi sebanyak 463,878 dos.

 

.

 

Kedudukan berkenaan diikuti Selangor dan Sarawak dengan jumlah pemberian dos pertama di dua negeri berkenaan sebanyak 398,733 dan 261,225.

 

Bermula semalam, kadar vaksinasi harian negara melepasi sasaran 150,000 dengan pencapaian sebanyak 151,309.

 

Menteri Penyelaras Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan, Khairy Jamaluddin berkata, pihaknya berharap jumlah berkenaan akan terus konsisten dan berjaya mencapai kadar vaksinasi 200,000 sehari menjelang Julai nanti. - DagangNews.com