17,405 kes positif COVID-19 pada 28 Julai 2021 | DagangNews Skip to main content

17,405 kes positif COVID-19 pada 28 Julai 2021

PUTRAJAYA 28 Julai - Kes harian positif COVID-19 sekali lagi mencatatkan angka tertinggi apabila sebanyak 17,405 kes dilaporkan hari ini.

 

Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah, yang berkongsi ringkasan laporan di media sosial, berkata sehingga kini jumlah keseluruhan kes positif COVID-19 sudah mencecah 1,061,476 kes.

 

 

covid

 

 

Beliau berkata, Selangor merekodkan 7,171 kes baharu, diikuti Kuala Lumpur dengan 2,880 kes, Kedah (1,112), Sabah (913), Negeri Sembilan (863), Johor (767), Pulau Pinang (760), Kelantan (532) dan Melaka (531). - DagangNews.com