1,748 graduan Politeknik Ungku Omar terima diploma, ijazah pada Istiadat Konvokesyen PUO Ke-52 | DagangNews Skip to main content

1,748 graduan Politeknik Ungku Omar terima diploma, ijazah pada Istiadat Konvokesyen PUO Ke-52

Sebahagian daripada graduan PUO yang diraikan pada istiadat konvokesyen.
Oleh Zaki Salleh

IPOH 26 Ogos - Seramai 1,748 graduan yang menamatkan pengajian pada Sesi 2 2022/2023 dan Sesi 1 2023/2024 diraikan pada Istiadat Konvokesyen Politeknik Ungku Omar (PUO) Ke-52 bermula hari ini.

 

Daripada jumlah itu seramai 1,671 merupakan lulusan peringkat diploma, 63 (Ijazah Sarjana Muda) dan 14 orang penerima sijil kemahiran khas. 

 

PUO dalam kenyataan memaklumkan, kesemua graduan merupakan penuntut daripada 20 bidang pengajian di institusi itu.

 

Menurut kenyataan tersebut, istiadat konvokesyen berlangsung selama 4 hari dengan sidang terakhir pada 30 Ogos.

 

Perak
Saarani menyampaikan Anugerah Ungku Omar kepada Muhammad Amir.

 

Sidang Pertama Istiadat Konvokesyen Politeknik Ungku Omar Ke-52 disempurnakan oleh Menteri Besar Perak, Dato’ Seri Saarani Mohamad, 

 

“Istiadat Konvokesyen Politeknik Ungku Omar ke-52 merupakan manifestasi kejayaan para graduan menamatkan pengajian masing-masing bersama-sama keluarga dan pensyarah.

 

“Buat pertama kalinya, Anugerah Ungku Omar diperkenalkan iaitu anugerah paling berprestij diberikan kepada hanya seorang graduan yang seimbang dalam semua aspek.

 

“Anugerah diberikan kepada graduan program Diploma Kejuruteraan Mekatronik, Muhammad Amir bin Md Jazi,” ujar kenyataan itu.

 

Pada tahun ini, Diploma Anumerta dianugerahkan kepada waris Allahyarham Gemulah Ahmad Hirfan Shahrir, graduan Diploma Kejuruteraan Mekanikal.

 

Perak

 

Perak

 

Allahyarham yang cemerlang dalam bidang akademik sepanjang pengajian beliau meninggal dunia pada 4 April lalu akibat penyakit ketumbuhan di dalam paru-paru. 

 

Pada majlis sama Saarani turut memberikan Anugerah Khas Industri Menteri Besar Perak kepada lima orang penerima.

 

PUO yang ditubuhkan pada 2 Jun 1969 merupakan politeknik pertama di Malaysia untuk melatih tenaga kerja dalam bidang teknikal dan vokasional. 

 

Sehingga kini PUO telah melahirkan 88,567 graduan TVET dalam pelbagai bidang teknikal dan vokasional. - DagangNews.com