21 pemimpin APEC sertai Mesyuarat AELM | DagangNews Skip to main content

21 pemimpin APEC sertai Mesyuarat AELM

21 negara yang turut serta dalam Mesyuarat Pemimpin Ekonomi APEC (AELM) yang dijalankan secara maya malam tadi.

Oleh MUHAMMAD ARIEF CHE SOH
[email protected]

 

 

KUALA LUMPUR 21 Nov. - Seramai 21 pemimpin negara anggota Persidangan Kerjasama Ekonomi Asia Pasifik (APEC) menyertai Mesyuarat Pemimpin Ekonomi APEC (AELM) yang berlangsung malam tadi.

 

Mesyuarat AELM yang pertama kali dianjurkan secara maya itu dipengerusikan oleh Perdana Menteri Malaysia, Tan Sri Muhyiddin Yassin.

 

Berikut merupakan senarai penuh kehadiran pemimpin ekonomi APEC dalam Mesyuarat AELM;

  1. Perdana Menteri Australia, Scott Morrison
  2. Sultan dan Yang di-Pertuan Brunei, Sultan Hassanal Bolkiah Mu’izzaddin Waddaulah
  3. Perdana Menteri Kanada, Justin Trudeau
  4. Presiden Republik Chile, Sebastián Piñera
  5. Presiden China, Xi Jinping
  6. Ketua Eksekutif Hong Kong, Carrie Lam Cheng Yuet-Ngor 
  7. Presiden Indonesia, Joko Widodo
  8. Perdana Menteri Jepun, Suga Yoshihide
  9. Presiden Korea, Moon Jae-in
  10. Perdana Menteri Malaysia, Tan Sri Muhyiddin Yassin
  11. Presiden Mexico, Andrés Manuel López Obrador yang diwakili oleh Setiausaha Ekonomi Mexico, Graciela Marquez Colin
  12. Perdana Menteri New Zealand, Jacinda Ardern
  13. Perdana Menteri Papua New Guinea, James Marape
  14. Presiden Peru, Francisco Rafael Sagasti
  15. Presiden Filipina, Rodrigo Roa Duterte
  16. Presiden Rusia, Vladimir Putin 
  17. Perdana Menteri Singapura, Lee Hsien Loong
  18. Pengasas, Bekas Pengerusi dan Ketua Pegawai Eksekutif Taiwan Semiconductor Manufacturing Company (TSMC), Dr. Morris Chang
  19. Perdana Menteri Thailand, General Prayut Chan-o-cha
  20. Presiden Amerika Syarikat (AS), Donald J. Trump 
  21. Perdana Menteri Vietnam, Nguyễn Xuân Phúc 

 

Selain 21 pemimpin ekonomi berkenaan, Mesyuarat AELM malam tadi turut disertai oleh Pengarah Urusan Tabung Kewangan Antarabangsa (IMF), Kristalina Georgieva.

 

Kesemua 21 pemimpin APEC turut menyertai sesi bergambar sambil mengangkat dokumen Deklarasi Kuala Lumpur 2020.

 

Malaysia yang diwakili oleh Muhyiddin sebagai tuan rumah APEC 2020 turut membuat simbolik penyerahan kedudukan Pengerusi APEC 2021 kepada Perdana Menteri New Zealand, Jacinda Ardern.

 

Simbolik penyerahan itu turut dilangsungkan secara maya. - DagangNews.com

 

APEC 2020