2.3 juta warga emas divaksin | DagangNews Skip to main content

2.3 juta warga emas divaksin

Vaksinasi warga emas. Kredit gambar Datuk Ahmad Amzad Hashim

Oleh MUHAMMAD ARIEF CHE SOH
arief@dagangnews.com

 

 

KUALA LUMPUR 6 Julai - Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan (PICK) terus memberi keutamaan kepada golongan yang berada dalam Fasa 2 termasuk warga emas.

 

Jawatankuasa Khas Jaminan Akses Bekalan Vaksin COVID-19 (JKJAV) berkata, setakat 4 Julai 2021, seramai 2.3 juta warga emas yang berdaftar telah divaksinasi.

 

Jumlah berkenaan bersamaan dengan 79.2% daripada jumlah keseluruhan warga emas yang berdaftar dan telah menerima sekurang-kurangnya satu dos vaksin.

 

.

 

Bagi peratusan populasi, sebanyak 66% daripada jumlah populasi warga emas telah divaksin.

 

Sementara itu, golongan orang kurang upaya (OKU) pula, seramai 127,775 OKU selamat divaksinasi bagi tempoh sama sekurang-kurangnya satu dos.

 

Dalam pada itu, individu dengan komorbiditi yang telah divaksinasi sekurang-kurangnya satu dos mencecah 3.8 juta.

 

Golongan Fasa 2 PICK terdiri daripada kumpulan berisiko tinggi dijangkiti COVID-19.

 

Baca: 3 fasa imunisasi COVID-19, anda di fasa mana?

 

Antaranya ialah golongan warga emas, OKU dan mereka yang mengalami masalah komorbiditi. - DagangNews.com