25.3 juta rakyat Malaysia divaksin, 10 negeri lepasi 50% vaksinasi golongan dewasa | DagangNews Skip to main content

25.3 juta rakyat Malaysia divaksin, 10 negeri lepasi 50% vaksinasi golongan dewasa

Vaksin COVID-19

Oleh MUHAMMAD ARIEF CHE SOH
arief@dagangnews.com

 

 

KUALA LUMPUR 11 Ogos - Sebanyak 357,981 dos vaksin telah berjaya diberi semalam.

 

Jumlah tersebut meliputi 160,320 dos pertama dan 197,661 bagi pemberian dos kedua.

 

;

 

Jawatankuasa Khas Jaminan Akses Bekalan Vaksin COVID-19 (JKJAV) berkata, jumlah harian yang dicatatkan itu sekali gus menjadikan jumlah kumulatif vaksinasi di negara ini meningkat kepada 25.3 juta bagi tempoh hingga 10 Ogos 2021.

 

Menurut JKJAV, jumlah itu terdiri daripada 16.1 juta penerima dos pertama dan 9.2 juta penerima dos kedua.

 

.

 

Bagi populasi divaksin pula, peratusan melonjak kepada 49.4%, sebanyak 28.3% daripadanya telah melengkapkan dua dos suntikan.

 

Dalam statistik vaksinasi bagi golongan dewasa pula, peratusan menunjukkan sebanyak 10 negeri melepasi 50% vaksinasi bagi tempoh sama.

 

.

 

Negeri dan kawasan yang terlibat adalah Lembah Klang (102.1%), Wilayah Persekutuan Labuan (97.4%), Sarawak (87.5%), Negeri Sembilan (80.3%), Perlis (68.1%), Pulau Pinang (65.4%), Melaka (59.6%), Johor (53.7%), Pahang (52.9%) dan Terengganu (51.0%).

 

Lembah Klang meliputi Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Putrajaya dan Selangor.

 

Sabah, Kelantan, Kedah dan Perak bagaimanapun masih mencatatkan kadar vaksinasi di bawah 50% bagi golongan dewasa. - DagangNews.com