3 perkara lancarkan proses permohonan i-Citra | DagangNews Skip to main content

3 perkara lancarkan proses permohonan i-Citra

KWSP

Oleh MUHAMMAD ARIEF CHE SOH
arief@dagangnews.com

 

 

KUALA LUMPUR 6 Julai - Permohonan i-Citra yang merupakan kemudahan kewangan tambahan kepada ahli Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) yang terkesan akibat PKP boleh dibuat mulai 15 Julai 2021.

 

KWSP dalam satu makluman di Facebooknya memberitahu, ahli yang ingin membuat pengeluaran tersebut perlu melakukan tiga perkara bagi melancarkan proses permohonan.

 

Ahli perlu memastikan;

  • Menggunakan akaun bank yang aktif
  • Mengemaskini maklumat peribadi dan perbankan
  • Menyemak amaun simpanan semasa

 

.

 

 

Pada 28 Jun lalu, Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin mengumumkan kemudahan pengeluaran baharu iaitu i-Citra , sekali gus menggantikan kemudahan pengeluaran sebelumnya iaitu i-Sinar.

 

Baca: i-Citra ganti i-Sinar, ahli boleh keluarkan hingga RM5,000

 

Menerusi i-Citra, seramai 12.6 juta ahli KWSP boleh membuat pengeluaran sehingga RM5,000 dengan kadar bayaran tetap RM1,000 sebulan untuk tempoh lima bulan.

 

Pengeluaran tersebut bagaimanapun tertakluk kepada jumlah simpanan KWSP ahli.

 

Ahli yang memohon mestilah berumur 55 tahun ke bawah, termasuk bukan warganegara dan pemastautin tetap.

 

Mereka juga perlu mempunyai jumlah simpanan sekurang-kurangnya RM150 dalam Akaun KWSP pada tarikh permohonan.

 

Bagi anggota perkhidmatan awam, golongan tersebut juga dibenar dan boleh membuat permohonan i-Citra.

 

Bagaimanapun, mereka berkemungkinan akan berdepan dengan risiko menggunakan syer kerajaan yang perlu dikembalikan kepada kerajaan kelak.

 

Permohonan i-Citra boleh dibuat mulai 15 Julai hingga 30 September 2021 melalui portal icitra.kwsp.gov.my.

 

Maklumat berkaitan i-Citra boleh didapati di pautan https://www.kwsp.gov.my/ms/i-citra. - DagangNews.com