517,692 dos vaksin diberi semalam, Selangor tertinggi sebanyak 103,850 | DagangNews Skip to main content

517,692 dos vaksin diberi semalam, Selangor tertinggi sebanyak 103,850

Oleh MUHAMMAD ARIEF CHE SOH
arief@dagangnews.com

 

 

KUALA LUMPUR 20 Ogos - Malaysia merekodkan jumlah pemberian dos vaksin sebanyak 517,692 dos semalam.

 

Menurut Jawatankuasa Khas Jaminan Akses Bekalan Vaksin COVID-19 (JKJAV) berkata, jumlah itu meliputi 180,810 pemberian dos vaksin pertama dan 336,882 pemberian dos kedua.

 

,

 

Bagi pemberian dos mengikut pecahan negeri, Selangor mencatatkan jumlah pemberian dos tertinggi iaitu sebanyak 103,850 yang terdiri daripada 12,632 dos pertama dan 91,218 pemberian dos kedua.

 

Kedudukan itu disusuli oleh Johor sebanyak 72,165 dan Sabah 56,175 dos.

 

Peningkatan jumlah harian itu sekali gus menjadikan jumlah pemberian dos kumulatif meningkat kepada 29.8 juta setakat 19 Ogos 2021.

 

.

 

Jumlah kumulatif itu terdiri daripada 17.8 juta penerima dos pertama dan 12.0 juta penerima vaksin dos kedua.

 

Situasi itu secara tidak langsung melonjakkan peratusan populasi divaksin kepada 54.5%, sebanyak 37.0% daripadanya telah melengkapkan dua dos suntikan.

 

.

 

Dalam perkongsian data sama, JKJAV menyatakan peratusan vaksinasi dewasa kini meningkat kepada 17.8 juta atau 76.1% bagi tempoh sama.

 

Seramai 12.0 juta atau 51.6% golongan dewasa telah berjaya melengkapkan doa dos suntikan. - DagangNews.com