Afendy Mohamed Ali dilantik sebagai CFO baharu MISC berkuat kuasa 1 Mac 2024 | DagangNews Skip to main content

Afendy Mohamed Ali dilantik sebagai CFO baharu MISC berkuat kuasa 1 Mac 2024

Oleh ZULFADLI SHARIFUDIN

KUALA LUMPUR 4 Jan - MISC Bhd, yang 51% dikuasai oleh syarikat minyak nasional Petroliam Nasional Bhd (Petronas), mengumumkan pelantikan Afendy Mohamed Ali sebagai ketua pegawai kewangan (CFO) baharunya.

 

Dalam makluman kepada Bursa Malaysia, pelantikannya akan berkuat kuasa mulai 1 Mac.

 

Afendy, 50, menggantikan Raja Azlan Shah Raja Azwa, yang memegang jawatan CFO sejak April 2019.

 

Pada masa sama, Raja Azlan akan beralih kepada peranan Naib Presiden Perancangan Korporat MISC.

 

Menurut MISC, Afendy memulakan kerjayanya sebagai juruaudit dengan DSG Chartered Accountants (Liverpool, United Kingdom) pada 1996.

 

Pada tahun 2002, beliau menyertai Petronas sebagai eksekutif audit dan sejak itu, beliau memegang pelbagai jawatan kanan dalam bidang kewangan, perkhidmatan korporat dan risiko dalam kumpulan Petronas. - DagangNews.com