AIM diiktiraf sebagai Institusi Mikrokredit Islamik Terbaik daripada IFN | DagangNews Skip to main content

AIM diiktiraf sebagai Institusi Mikrokredit Islamik Terbaik daripada IFN

KUALA LUMPUR 1 April - Amanah Ikhtiar Malaysia (AIM) terus menerima pengiktirafan antarabangsa sebagai Institusi Mikrokredit (Islamik) Terbaik bagi tahun 2020 dan tahun 2021 daripada Islamic Finance News (IFN).

 

Anugerah itu merupakan yang kelapan diterima AIM selepas 2013, 2014, 2015, 2016, 2018, dan 2019.

 

Anugerah itu disampaikan oleh Pengarah Urusan RED Money Group/IFN, Andrew Morgan kepada Ketua Pegawai Perundangan dan Operasi AIM, Jani Izwandy Che Jan.

 

Turut hadir pada majlis itu ialah Pengarah Bahagian Pembiayaan, Perancangan dan Bajet, Rozita Muhamad @ Othman dan Pengarah Bahagian Operasi, Zubairi Mohd Fadzil. 

 

AIM dalam satu kenyataan berkata, mereka merupakan institusi yang memberi tumpuan khusus kepada pinjaman mikro untuk golongan B40 dan B50 dengan pencapaian cemerlang kadar bayar balik pinjaman  melebihi 99%.

 

"Anugerah IFN ini merupakan anugerah paling berprestij diiktiraf dalam pasaran modal Islam di peringkat global. 

 

amim

 

"Ia juga secara tidak langsung membuktikan impak luar biasa manfaat dari konsep syariah yang digunapakai oleh institusi-institusi ternama dalam pelbagai sektor di seluruh dunia," katanya.

 

Selain AIM, turut menerima anugerah ialah CIMB Investment Bank bagi kategori Bank Pelaburan Islam Terbaik;  SME Bank bagi kategori SRI & ESG; Maybank Investment bagi kategori Pelaburan Hartanah dan Bursa Malaysia bagi kategori Penyenaraian Bursa Saham Terbaik (Islamik). - DagangNews.com