Allianz General tawar penyelesaian pantas tuntutan banjir | DagangNews Skip to main content

Allianz General tawar penyelesaian pantas tuntutan banjir

Kenderaan 4x4s Allianz yang akan dikerahkan secara rutin di bandar-bandar seluruh Malaysia untuk memudahkan proses tuntutan pantas di kawasan banjir.

Kenderaan 4x4s Allianz yang akan dikerahkan secara rutin di bandar-bandar seluruh Malaysia untuk memudahkan proses tuntutan pantas di kawasan banjir.

 

Oleh MUHAMMAD ARIEF CHE SOH
[email protected]

 

 

KUALA LUMPUR 30 Okt. - Allianz General Insurance Company (Malaysia) Berhad (Allianz General) menyediakan penyelesaian tuntutan pantas kepada pelanggan yang tinggal di kawasan banjir.

Ketua Tuntutan Allianz General, Damian Williams berkata, inisiatif itu akan turus digerakkan selain mematuhi garis panduan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).

"Sebagai penanggung insurans, tanggungjawab kami bukan sahaja memberi perlindungan dan membayar tuntutan dengan pantas, malah ia juga tentang memberikan perkhidmatan terbaik kepada masyarakat di saat mereka memerlukan.

"Kami sekali lagi menyediakan penyelesaian tuntutan pantas untuk pelanggan supaya mereka mampu bangkit dengan pantas," jelasnya dalam satu kenyataan hari ini.

Allianz General menyediakan penyelesaian tuntutan penuh atau pembayaran sementara dalam tempoh lima hari selepas lawatan daripada pelaras untuk pemegang polisi individu seperti Smart Home Cover.

Mereka yang memiliki insurans kebakaran (jalur komersial) akan menerima pembayaran dalam masa lima hari setelah menerima kunjungan daripada pelaras.

Tuntutan penuh akan dibayar antara 21 hingga 28 hari setelah kunjungan pelaras dibuat.

Bagaimanapun, pembayaran sementara kedua akan dibuat sekiranya Allianz General tidak dapat menyelesaikan tuntutan sebelum hari yang ke 28.

Untuk memudahkan penyelesaian tuntutan dengan cepat, Allianz General akan menempatkan Karavan Tuntutan Allianz serta trak 4x4s berjenama Allianz di pelbagai wilayah di seluruh Malaysia.

Ia dikhususkan di wilayah Tengah (Kuala Lumpur, Petaling Jaya, dan Klang), wilayah Utara (Ipoh, Pulau Pinang), dan Bukit Mertajam); Pantai Timur (Kota Bharu dan Kuantan), wilayah Selatan (Melaka, Johor Bahru, Kluang, dan Segamat) dan Malaysia Timur (Kota Kinabalu dan Kuching).

"Trak 4x4 dan Karavan Tuntutan akan bergilir-gilir secara rutin ke lokasi tersebut untuk memudahkan proses tuntutan pantas.

"Untuk memanfaatkan perkhidmatan ini, pelanggan Allianz General boleh menghubungi 1-800-22-5542 dan pelaras akan dihantar untuk meninjau harta benda yang terjejas dalam tempoh 24 jam," ujarnya lagi. - DagangNews.com