Ancom Nylex positif capai sasaran untung bersih sehingga RM75 juta pada FY23, kata Kenanga Research | DagangNews Skip to main content

Ancom Nylex positif capai sasaran untung bersih sehingga RM75 juta pada FY23, kata Kenanga Research

Oleh NOR AZAN FITRI AHMAD HIDZIR

KUALA LUMPUR 20 April - Ancom Nylex Berhad positif capai sasaran untung bersih pada sehingga RM75 juta bagi FY23 walaupun berdepan saingan sengit dan keadaan cuaca yang boleh menjejaskan permintaan terhadap racun herba.

 

Kenanga Research berkata, bagaimanapun, peningkatan jumlah jualan bagi produk margin yang tinggi sepatutnya menampung ASP yang lemah (yang juga boleh pulih seiring dengan harga minyak yang lebih kukuh).

 

Katanya, persaingan dalam ruang kimia pertanian semakin sengit di pasaran antarabangsa selepas pembukaan semula China dan ia memberi kesan terhadap purata harga jualan (ASP) untuk kebanyakan produk kimia kumpulan.

 

Firma itu berkata, kumpulan itu dapat menguruskan keadaan dengan baik menggunakan sedikit kuasa harga sebagai satu-satunya pengeluar bahan aktif di Asia Tenggara.

 

"Kumpulan itu kekal yakin memenuhi sasaran keuntungan bersih FY23 sebanyak RM70 juta hingga RM75  juta (berbanding unjuran kami sebanyak RM73.7 juta)," katanya dalam satu nota kajian, hari ini.

 

Kemerosotan keuntungan operasi bagi 9MFY23 bahagian kimia industri kumpulan sebanyak 43.4%  namun ia tidak menjejaskan hasil disebabkan permintaan permintaan global yang lemah dan sejajar dengan aliran menurun harga minyak.

 

Harga minyak sejak itu pulih berikutan langkah oleh OPEC+ baru-baru ini untuk mengurangkan pengeluaran sebanyak 1.1 juta bbl/hari.

 

Kenaikan harga bahan kimia industri seiring dengan harga minyak yang lebih kukuh seharusnya meningkatkan pendapatan bahagian itu daripada 4QFY23.

 

Firma itu terus menyukai kumpulan itu kerana mereka merupakan pengeluar bahan aktif herbisida (AI) terbesar di Asia Tenggara, penerima manfaat larangan meluas penggunaan paraquat, dan proksi kepada pengeluaran makanan global dan matlamat keselamatan makanan.

 

Firma itu mengekalkan saranan 'outperform' dengan harga sasaran (TP) RM1.80 sesaham. - DagangNews.com