Oleh MUHAMMAD ARIEF CHE SOH
[email protected]
KUALA LUMPUR 19 Ogos - McDonald's Malaysia memperkenalkan produk terbaharunya iaitu Rockin’ BBQ Burger yang dikeluarkan dengan tiga pilihan iaitu Rockin’ BBQ, Double Rockin’ BBQ dan Triple Rockin’ BBQ.
Penggemar barbeku boleh mendapatkan ketiga-tiga pilihan tersebut dengan pilihan ayam dan daging.
Naib Presiden dan Ketua Pegawai Pemasaran McDonald's Malaysia, Melati Abdul Hai berkata, dengan produk terbaharu itu, pelanggan boleh menikmati keenakan daging empuk bersama perisa salai.
Katanya, kepingan daging dipanggang dengan sempurna sebelum disalut dengan sos BBQ, bawang panggang, lapisan keju cair, kapsikum merah segar, serta selada yang dimayang dan kemudiannya diapit dengan ban tepung jagung dan herba campuran yang dibakar.
"McDonald's Malaysia sentiasa berusaha untuk menggembirakan pelanggan kami dengan cetusan pelbagai rasa baru yang menggiurkan.
"Kami yakin Rockin’ BBQ Burgers yang terbaru ini akan menjadi suatu tambahan yang dialu-alukan selain daripada pelbagai pilihan menu kami yang lain, khususnya buat para penggemar barbeku.
"Tidak kira sama ada anda penggemar daging lembu atau ayam, kami berharap pelanggan akan menikmati keseronokan dengan setiap gigitan Rockin' BBQ Burgers kami," katanya dalam satu kenyataan.
Menariknya, kempen tersebut turut dimeriahkan dengan bekerjasama Ratu Rock Malaysia, Ella untuk menyanyikan lagu iklan TV versi rock.
Ella juga akan membuat penampilan khas di konsert maya ‘Rock On’ Astro Gempak pada 28 Ogos yang memberi peluang kepada peminat untuk memenangi makan tengah hari eksklusif secara maya bersama Ella serta barangan edisi terhad.
Tambah Melati, bersempena kempen produk terbaharu itu juga, McDonald's turut menampilkan dua pencuci mulut iaitu Salted Caramel McFlurry dan Pretzel Bits McFlurry.
Pencuci mulut tersebut padat dengan keenakan kepingan karamel masin dan taburan cebisan pretzel praline.
Set hidangan Rockin’ BBQ Burger berharga dari RM15.99 dihidangkan bersama kentang goreng dan minuman bersaiz sederhana.
Sepanjang tempoh promosi, pengguna aplikasi McDonald’s boleh mengambil bahagian dalam peraduan "The Rockin' Hunt", di mana pelanggan perlu mencari tanda 'rock' yang tersembunyi di aplikasi McDonald's dan menghantar jawapan mereka.
100 peserta pertama layak menebus untuk menaik taraf ke Double Rockin’ BBQ Burger secara percuma. - DagangNews.com