Aneka Jaringan peroleh subkontrak RM53 juta bagi kerja-kerja cerucuk pembinaan hab logistik di Shah Alam | DagangNews Skip to main content

Aneka Jaringan peroleh subkontrak RM53 juta bagi kerja-kerja cerucuk pembinaan hab logistik di Shah Alam

Oleh NOR AZAN FITRI AHMAD HIDZIR

KUALA LUMPUR 11 Julai - Aneka Jaringan Holdings Bhd menerusi Aneka Jaringan Sdn Bhd memperoleh subkontrak bernilai RM53 juta daripada Grand Dynamic Builders Sdn Bhd bagi kerja-kerja cerucuk konkrit tetulang pratunag bagi cadangan pembinaan hub logistik di Seksyen 15, Shah Alam.

 

Kumpulan itu dalam satu makluman kepada Bursa Malaysia berkata, kerja-kerja subkontrak itu dilakukan di Jalan Utas 15/7, Seksyen 15 untuk syarikat Strategic Sonata Sdn Bhd.

 

"Kerja-kerja subkontrak itu akan dimulakan pada 17 Julai 2024 dan dijadualkan siap pada 1 Mac 2025," katanya.

 

Subkontrak itu dijangka tidak memeri sebarang kesan ke atas modal saham dan struktur pegangan saham syarikat.

 

Bagaimanapun, ia dijangka menyumbang secara positif kepada pendapatan disatukan dan aset bersih Aneka Jaringan untuk tahun kewangan berakhir 31 Ogos 2024 dan 31 Ogos 2025.

 

Syarikat itu meramalkan tiada sebarang risiko luar biasa selain daripada risiko operasi biasa yang berkaitan dengan subkontrak itu dan syarikat akan mengambil langkah perlu bagi mengurangkan risiko.- DagangNews.com