Aplikasi digital baharu, perkhidmatan awan diramal jadi pemacu utama hasil Cloudpoint - Rakuten Trade | DagangNews Skip to main content

Aplikasi digital baharu, perkhidmatan awan diramal jadi pemacu utama hasil Cloudpoint - Rakuten Trade

Oleh NOR AZAN FITRI AHMAD HIDZIR

KUALA LUMPUR 12 Jun - Aplikasi digital baharu dan segmen perkhidmatan awan Cloudpoint Technology Bhd diramal menjadi pemacu utama kepada hasil kumpulan pada tahun ini didorong permintaan menggalakkan untuk kecerdasan buatan (AI) generatif.

 

Rakuten Trade berkata, berdasarkan permintaan menggalakkan, ia berjaya menyumbangkan tiga projek ServiceNow baharu.

 

Firma penyelidikan itu mengunjurkan segmen itu berkembang dalam bahagian hasil kepada 8% pada FY24 selain jangkaan peningkatan hasil berasaskan projek.

 

"Kumpulan itu dijangka menyaksikan pertumbuhan yang besar dalam hasil berulang daripada perkhidmatan IT profesional, kerana kira-kira 90% daripada pelanggannya lazimnya memilih kontrak perkhidmatan dan penyelenggaraan selepas penyiapan projek.

 

"Sebagai tambahan kepada buku pesanannya sebanyak RM60 juta pada akhir suku pertama 2024, Cloudpoint mempunyai buku tender yang kukuh sebanyak RM100 juta, dengan kemungkinan tinggi untuk memenangi bidaan ini," katanya dalam satu nota kajian, hari ini.

 

Rakuten Trade berkata, kumpulan itu berhasrat mengukuhkan kedudukan sebagai antara pemain penting dalam industry pusat data dengan menyediakan rumusan hujung ke hujung bagi sumber infrastruktur, bangunan dan pengurusan.

 

Pada Februari 2024, mereka bercadang untuk memperoleh 75% pegangan dalam Unique Central Group (UCG) pada harga RM26.8 juta, dengan jaminan keuntungan RM14.25 juta sepanjang 2024-2026. 

 

UCG pakar dalam menyediakan pusat data berskala besar, firma telekomunikasi, institusi kewangan, perusahaan besar dan agensi kerajaan.

 

"Pengambilalihan itu meletakkan kumpulan bagi menawarkan rumusan dan perkhidmatan yang disesuaikan dengan pusat data dan persekitaran tertutup, termasuk kuasa, penyejukan dan pengurusan terma, dengan fokus pada penyejukan cecair untuk pusat data dipacu AI," katanya.

 

Firma penyelidikan itu menjangkakan menjangkakan pendapatan FY23-FY26 berkembang pada CAGR sebanyak 30% didorong transformasi digital di Malaysia, ledakan pusat data, penggunaan rumusan keselamatan siber yang lebih tinggi, peningkatan pesanan daripada pelanggan sedia ada dan sumbangan tambahan daripada sumber hasil berulang.

 

"Kami mengekalkan saranan 'beli' dengan harga sasaran (TP) RM1.04 sesaham," katanya. - DagangNews.com