Apple dijangka lancar iPhone 12 pada 14 Oktober | DagangNews Skip to main content

Apple dijangka lancar iPhone 12 pada 14 Oktober

iPhone 12

KUALA LUMPUR 7 Okt. - Syarikat Apple Inc (Apple) dijangka akan melancarkan produk terbaharunya iaitu iPhone 12 pada 13 oktober 2020.

Mengikut waktu Malaysia, acara pelancaran tersebut akan dilangsungkan pada pukul 1 pagi, 14 Oktober 2020.

Jangkaan itu dibuat berdasarkan kepada jemputan yang diedarkan oleh Apple kepada pihak berkaitan.

Jemputan yang memaparkan kenyataan 'Hi, Speed' itu mengajak mereka yang terlibat ke acara istimewa berkenaan yang bertarikh pada 13 Oktober.

Jemputan acara yang diedarkan oleh Apple kepada pihak berkaitan.
Jemputan acara yang diedarkan oleh Apple kepada pihak berkaitan.

 

"Apple pada kebiasaanya akan melancarkan iPhone baharu pada September, tetapi pelancaran tersebut ditangguhkan susulan pandemik COVID-19 yang menjejaskan rantaian bekalan.

"Namun pada September 2020, pengguna ditawarkan dengan iPad Air yang menggunakan SoC paling berkuasa tinggi," lapor SoyaCincau.com.

iPhone 12


Pelancaran tersebut dijangka merangkumi empat varian iPhone 12 iaitu iPhone 12 Mini, iPhone 12, iPhone 12 Pro dan iPhone 12 Pro Max.

iPhone 12 Mini memiliki paparan seluas 5.4" yang lebih besar berbanding iPhone SE.

Manakala iPhone 12 Pro Max adalah model iPhone terbesar iaitu pada saiz 6.7", iaitu 0.2" lebih besar berbanding iPhone 11 Pro Max.

iPhone 12

Spesifikasi dalaman iPhone 12 itu dilengkapi dengan cip pemprosesan Apple SoC A14 Bionic yang akan melancarkan lagi fungsi peranti berkenaan.

Soc berkenaan adalah yang terbaik daripada Apple dan yang pertama digunakan dalam industri bagi kategori litografi 5nm.

SoC A14 Bionic itu juga turut digunakan dalam iPad Air 2020. - DagangNews.com