Artroniq meterai LOI bersama Panda Commercial Bank untuk pembangunan sistem kewangan blockchain | DagangNews Skip to main content

Artroniq meterai LOI bersama Panda Commercial Bank untuk pembangunan sistem kewangan blockchain

oleh NOR AZAN FITRI AHMAD HIDZIR

KUALA LUMPUR 14 Nov - Artroniq Berhad akan bekerjasama dengan bank digital Kemboja, Panda Commercial Bank PLC bagi menyediakan perkhidmatan serta rundingan dalam penyelidikan serta pembangunan sistem kewangan berasaskan blokchain untuk bank itu.

 

Dalam satu makluman kepada Bursa Malaysia, penyedia ICT itu berkata, anak syarikatnya, EA Global Integrated Sdn. Bhd. (EAISB) telah memeterai surat niat (LOI) dengan Panda Commercial Bank untuk membentuk perkongsian strategik.

 

"Menerusi kerjasama itu, EAISB akan dilantik bagi menydiakan perkhidmatan dan rundingan untuk bank itu," katanya.

 

Katanya, cadangan kerjasama itu adalah bagi mengukuhkan selain membantu mengembangkan penembusan pasarannya di Kemboja selain menyediakan sumber pendapatan perniagaan baharu kepada kumpulan itu.

 

Panda Commercial Bank merupakan bank digital yang baru dibuka pada Februari 2020 dan terlibat terutamanya dalam perniagaan perbankan am dan penyediaan perkhidmatan kewangan yang berkaitan.

 

Bank itu juga merancang untuk membuka dua lagi cawangan di Phnom Penh menjelang 4QFY22. 

 

Kedua-dua cawangan itu kini dalam pembinaan dan pengubahsuaian.

 

"LOI dijangka tidak mempunyai kesan material ke atas aset bersih dan penggearan kumpulan Artroniq bagi tahun kewangan berakhir 31 Dis 2022," katanya. - DagangNews.com