Awantec peroleh kontrak dengan Kementerian Pendidikan bernilai RM22.77 juta | DagangNews Skip to main content

Awantec peroleh kontrak dengan Kementerian Pendidikan bernilai RM22.77 juta

 

 

KUALA LUMPUR 9 Julai - Awanbiru Technology Bhd. (Awantec) memperoleh kontrak membekalkan perisian G suite enterprise untuk pendidikan bagi sekolah-sekolah di bawah Kementerian Pendidikan bernilai RM22.77 juta.

 

Sebelum ini Awantec dikenali sebagai Prestariang Bhd., menerima surat setuju terima menerusi anak syarikatnya, Prestariang Systems Sdn. Bhd. (PSSB).

 

"Kontrak ini adalah selama 3 tahun," katanya dalam makluman di Bursa Malaysia hari ini.

 

Pada Khamis, Kementerian Pendidikan mengeluarkan surat setuju terima kepada PSSB dan terma urus niaga seperti termaktub dalam kontrak formal antara kedua-dua pihak. 

 

Setakat 2.47 petang ini, saham Awantec menokok 3.01% kepada 85.5 sen dengan 2.7 juta saham diniagakan. - DagangNews.com