AWC raih kontrak bernilai RM8.2 juta bagi mengurus, menyelenggara pejabat komersial Suasana PJH di Putrajaya | DagangNews Skip to main content

AWC raih kontrak bernilai RM8.2 juta bagi mengurus, menyelenggara pejabat komersial Suasana PJH di Putrajaya

AWC Berhad menerusi Ambang Wira Sdn. Bhd. raih kontrak mengurus dan menyelenggara bangunan pejabat Suasana PJH di Putrajaya. ​
Oleh NOR AZAN FITRI AHMAD HIDZIR

KUALA LUMPUR 24 Jan - AWC Berhad menerusi Ambang Wira Sdn. Bhd. raih kontrak bernilai RM8.2 juta daripada Gilang Cendana Sdn. Bhd. bagi mengurus dan menyelenggara operasi bangunan pejabat komersial Suasana PJH di Presint 2, Putrajaya.

 

Kumpulan itu dalam satu makluman kepada Bursa Malaysia berkata, kontrak itu adalah bagi tempoh tiga tahun bermula 1 Februari 2024.

 

"Bagaimanapun kumpulan itu diberi pilihan untuk melanjutkan kontrak itu bagi tempoh dua tahun lagi tetapi tertakluk kepada prestasi dan kelulusan pengurusan," katanya.

 

Potensi risiko yang terlibat dalam kontrak itu dianggap sebagai risiko operasi biasa, dan adalah sama dengan semua projek penyelenggaraan yang dijalankan sebelum ini.

 

Ia dijangka menyumbang secara positif kepada pendapatan kumpulan sepanjang tempoh tempoh kontrak.

 

"Tiada pengarah, pemegang saham utama AWC dan/atau orang yang berkaitan dengan mereka mempunyai sebarang kepentingan, sama ada secara langsung atau tidak langsung dengan kontrak itu," katanya. - DagangNews.com