Azmi Arshad ditetapkan semula jawatan kepada Naib Pengerusi Eksekutif, Chiuk Yik sebagai Pengarah Tomypak berkuat kuasa hari ini | DagangNews Skip to main content

Azmi Arshad ditetapkan semula jawatan kepada Naib Pengerusi Eksekutif, Chiuk Yik sebagai Pengarah Tomypak berkuat kuasa hari ini

Oleh NOR AZAN FITRI AHMAD HIDZIR

KUALA LUMPUR 17 Okt -Tomypak Holdings Berhad mengumumkan penetapan semula jawatan Azmi Arshad selaku Naib Pengerusi Eksekutif dan Low Chiuk Yik sebagai Pengarah Bebas Bukan Eksekutif berkuat kuasa 17 Oktober 2023.

 

Kumpulan itu berkata, Azmi merupakan Pengerusi Jawatankuasa Audit sehingga 15 Oktober 2023, dan Pengerusi Jawatankuasa Ganjaran sehingga Februari 2023 dan juga Penasihat Jawatankuasa Kelestarian.

 

Selain daripada kepakaran dan pengalaman dalam pengurusan kewangan dan korporat, beliau merupakan Pengamal Kelestarian Bertauliah (ESG) (Institut Pengurusan Bertauliah) dan GRI (Inisiatif Pelaporan Global) Profesional Kelestarian Bertauliah dan jurulatih bertauliah HRDC (Human Resource Development Corporation).

 

Sementara itu, Chiuk Yik merupakan merupakan bekas pengurus di Jabatan Audit Dalaman, Risiko dan Perkhidmatan Pematuhan KPMG, mengasaskan Galton Advisory PLT, sebuah firma penasihat perniagaan, di mana beliau kini berkhidmat sebagai Rakan Kongsi Eksekutif.

 

low
Low Chiuk Yik 

 

Beliau juga menjalankan latihan dalam tadbir urus, pengurusan risiko, audit dalaman, liabiliti korporat dan kemampanan.

 

Beliau kini memegang jawatan sebagai Pengarah di Karyon Industries Berhad, syarikat tersenarai awam yang terlibat dalam pembuatan produk polimer dan oleokimia.

 

Pengerusi Tomypak, Adrian Yong berkata, peranan Azmi yang diperluaskan juga akan mengukuhkan hubungan antara pengurusan dan Lembaga Pengarah, membolehkan membuat keputusan lebih tepat dan berkesan.

 

Beliau berkata, pelantikan Chiuk Yik ke dalam pasukan mengesahkan komitmen Lembaga Pengarah ke arah menyemai tadbir urus yang kukuh.

 

"Saya yakin Lembaga Pengarah kami mempunyai gabungan kemahiran yang kukuh yang akan memacu Tomypak ke tahap yang lebih tinggi, terutamanya selepas kami melengkapkan pemerolehan EB Packaging Sdn Bhd, yang telah diluluskan oleh pemegang saham pada Mesyuarat Agung Luar Biasa yang diadakan minggu lepas," katanya. - DagangNews.com