Batu Kawan selesai ambil alih baki saham CCM | DagangNews Skip to main content

Batu Kawan selesai ambil alih baki saham CCM

 

Oleh ANIS FARHANAH MALEK
anisfarhanah@dagangnews.com

 

KUALA LUMPUR 16 Mac - Batu Kawan Berhad (BKB) telah melengkapkan pengambilalihan berwajib ke atas semua baki saham Chemical Company of Malaysia Berhad (CCM) dari pemegang kepentingan yang tidak bersetuju (Dissenting Shareholders), hari ini.

 

Ini bermakna, CCM kini merupakan anak syarikat milik penuh BKB. 

 

CIMB memaklumkan perkara itu bagi pihak BKB di Bursa Malaysia hari ini.

 

Dalam makluman BKB di Bursa Malaysia pada 2 Februari lalu, syarikat itu telah memiliki 90% atau lebih saham CCM setakat 15 Januari 2021. 

 

Baca : 92.80% ekuiti CCM 'dalam tangan’ Batu Kawan

 

BKB juga memaklumkan bahawa kumpulan syarikat tidak berhasrat untuk mengekalkan status penyenaraian CCM di Pasaran Utama Bursa Securites. 

 

Susulan itu, perdagangan saham-saham CCM di Bursa Malaysia telah digantung, ketika itu dijangka berkuatkuasa 9 pagi pada 10 Februari 2021. 

 

Baca : Batu Kawan kini layak terajui CCM secara persendirian

 

Pengambilalihan baki saham berwajib itu tercetus apabila Permodalan Nasional Berhad (PNB) pada 17 November 2020 mencapai persetujuan dengan BKB untuk melupuskan keseluruhan pegangan sahamnya sebanyak 56.3% dalam CCM dan dana unit amanahnya berjumlah RM292.8 juta.

 

Harga itu mewakili premium sebanyak 69% daripada harga saham purata berwajaran 3 bulan. 

 

Penjualan tersebut seterusnya mencetuskan tawaran umum wajib oleh BKB untuk baki saham dalam CCM.

 

BKB kemudiannya membuat tawaran rasmi untuk membeli kesemua saham CCM yang tidak dimilikinya pada harga RM3.10 sesaham bernilai RM292.79 juta. - DagangNews.com