KUALA LUMPUR 12 Jan - Berkumpul bersama keluarga dan orang tersayang merupakan penyebab utama untuk orang ramai melancong pada 2023.
Tinjauan Trend Perjalanan Agoda mendapati, selain berkumpul bersama keluarga, kesihatan diri dan makanan serta kesenian dan budaya, pengembaraan termasuk meraikan kejayaan merupakan antara lima sebab utama mereka melancong.
Taiwan (33%), Australia (31%) dan Amerika Syarikat (25%) merupakan lokasi utama untuk bercuti bersama keluarga atau rakan-rakan manakala pengembara dari Korea Selatan, Thailand dan Singapura menjadikan pelancongan sebagai usaha menguatkan kembali fizikal dan mental selain mencari lokasi penjagaan kesihatan.
"Masyarakat dari Jepun (44%), Taiwan (24%) dan Vietnam (23%) mempunyai minat untuk mencari makanan, seni dan budaya.
"Sejumlah 44% menjadikannya sebagai matlamat utama mereka ketika melancong ke sesebuah negara.
"Jumlah itu adalah empat kali lebih tinggi dari Filipina yang hanya memiliki 11% individu yang berminat untuk mengembara untuk meneroka makanan, seni dan budaya selain mengembara ke negara lain," katanya dalam satu kenayataan hari ini.
Sementara itu, sejumlah 21% rakyat Malaysia memilih untuk melancong kerana mahu berkumpul bersama keluarga dan orang tersayang.
Ia diikuti minat untuk mengembara sebanyak 20% manakala 19% lagi berhasrat untuk mencari sesuatu yang baharu dan 18% lagi bertujuan mencari makanan, seni dan budaya. - DagangNews.com