KUALA LUMPUR 26 Ogos - Boustead Heavy Industries Corporation Bhd (BHIC) merekodkan kerugian bersih RM517,000 pada suku kedua berakhir 30 Jun 2022 (Q2 2022).
Bagi suku yang sama tahun lepas, BHIC mencatatkan keuntungan bersih RM12.3 juta dan untung bersih RM6.5 juta pada suku sebelumnya.
BHIC, dalam makluman kepada Bursa Malaysia berkata, pendapatannya bagi Q2 2022 berjumlah RM29.9 juta, turun daripada RM47.2 juta yang dicatatkan dalam tempoh yang sama sebelumnya.
Syarikat itu menyifatkan prestasi yang lebih buruk itu disebabkan oleh variasi dalam pencapaian untuk sokongan dalam perkhidmatan kapal selam Tentera Laut Diraja Malaysia dan kontrak pasang semula.
“Hasil daripada operasi pada Q2 2022 sebanyak RM5.6 juta adalah lebih rendah daripada Q1 2022 sebanyak RM13.5 juta terutamanya disebabkan oleh sumbangan yang lebih rendah daripada projek kapal selam.
"Keuntungan sebelum cukai dipengaruhi oleh sumbangan negatif yang lebih tinggi daripada syarikat usaha sama sebanyak RM1.1 juta pada Q2 2022 (Q1 2022: RM501,000 kerugian) didorong oleh permintaan yang lebih rendah daripada pelanggan dan perbelanjaan operasi yang lebih tinggi dalam tempoh semasa."
BHIC menambah bahawa ia merekodkan peruntukan cukai yang lebih rendah pada suku semasa berikutan keuntungan yang lebih rendah di bawah kontrak kapal selam. - DagangNews.com