SHAH ALAM 15 Ogos - BIG Loyalty mengumumkan edisi kedua kempen Hari BIG 816 - '816 BIG Deals' akan bermula 12 tengah malam selepas 15 Ogos 2020 di seluruh Malaysia, Indonesia dan Filipina, menawarkan Ahli BIG rebat BIG Poin sehingga 80% apabila mereka menebus tawaran gaya hidup kegemaran mereka menggunakan BIG Poin.
Jualan tiga hari ini, yang akan berlangsung dari 16 hingga 18 Ogos 2020, menjanjikan penjimatan dan rebat besar kepada Ahli BIG dengan pelbagai tawaran seperti makanan dan minuman, beli-belah, perkhidmatan dan hiburan, termasuk tawaran daripada adidas, Baskin Robbins, Caltex, dahmakan, Domino’s Pizza, Lazada, Nando’s, PETRONAS Setel, Santan, The Black Whale, The Manhattan FISH MARKET, Zalora dan banyak lagi.
Tahun lalu, BIG Loyalty mengumumkan 16 Ogos sebagai ‘Hari BIG’ kerana ‘816’ menyerupai jenama ‘BIG’ (8 sebagai B, 1 sebagai I dan 6 sebagai G).
Ketua Pegawai Eksekutif BIGLIFE Sdn Bhd, Spencer Lee berkata, pihaknya yang mengendalikan program kesetiaan BIG Loyalty menyifatkan 816 tahun ini sangat istimewa kerana tahun ini juga ulang tahun ke-10 syarikat, oleh itu pihaknya mengadakan pesta rebat terbesar untuk mengucapkan terima kasih dan memberi ganjaran kepada ahli-ahli.
"Hari ini, Ahli BIG boleh meraih BIG Poin setiap hari apabila mereka menjamu selera, membeli-belah, membuat urusan bank, melancong dan banyak lagi. Jualan ‘816 BIG Deals’ ini adalah masa terbaik bagi mereka menebus BIG Poin mereka untuk lebih banyak pengalaman yang mereka gemari dan nikmati rebat yang luar biasa,” tambah Spencer.
Jualan ‘816 BIG Deals’ tersedia secara eksklusif di aplikasi BIG Loyalty. Muat turun aplikasi BIG Loyalty dan tambah tawaran kegemaran anda ke ‘wishlist’ sekarang untuk membuat pembayaran lebih pantas semasa tempoh jualan.
Ahli BIG yang tidak mempunyai BIG Poin yang mencukupi boleh membeli BIG Poin dengan kad debit atau kredit semasa daftar keluar untuk melengkapkan penebusan. - DagangNews.com